Friday 15 March 2013

Rahsia Setiap Musibah

Apa? nak putus asa?? Jangan macam tu. Apa pun kita buat, jangan sesekali putus asa. Semua yang berlaku pada kita tu merupakan ujian daripada Tuhan kepada kita. Dia nak lihat sejauh mana kita ni ingat kat Dia. Sebagai contoh, Dia timpakan kita dengan musibah, seperti kanser. Kena pula dah stage akhir. Dengar pula lagi doktor bagi harapan yang tipis. Tipis tak bermakna tak ada harapan. Berusaha la dulu.


Tuhan takkan turunkan musibah pada kita tanpa penyelesaian. Apa yang kita perlukan usaha dan sabar. Itu yang penting. Macam Tuhan timpakan kita dengan sakit kanser. Itu musibahnya, mana penyelesaiannya??

Ciptaan tuhan ni memang hebat namun malangnya umat manusia ni susah nak nampak. Bila tuhan wujudkan penyakit maka pada itu juga dia mewujudkan penawar yang kita perlu cari. Penawar kanser?? Masih belum ada penjelasan daripada saintis kita. Mereka masih menjelaskan bahawa tiada penawar yang betul-betul dapat merawat kanser. Namun tuhan itu Maha Berkuasa. Penawar kanser sudah wujud sejak dahulu lagi. Bagi umat Islam, kita tahu bahawa amalan atau sunah nabi merupakan sesuatu yang perlu kita ikuti. Kerana setiap tindak-tanduk baginda mempunyai sebab yang baik disebaliknya. Sepertimana makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W.. Setiap makanan yang digemari baginda menpunyai khasiat yang tersendiri antaranya mencegah kanser. Kita tak tahu pun kan?? Nak tahu khasiat setiap makanan kegemaran Rasulullah ni, baca semula post yang terdahulu.

Selain daripada makanan kegemaran Rasulullah, tumbuhan yang berada disekeliling kita juga punyai khasiat yang tersendiri. Buah durian belanda antara salah satu agen yang dipercayai mampu untuk membunuh sel kanser dan memperlambatkan pertumbuhan sel kanser bagi mengelak ianya berulang. Nak lagi contoh?? Biji aprikot. Biji aprikot ni memang terkenal bagi setiap pesakit kanser. Tumbuhan semulajadi ini memang sudah terbukti keberkesanannya terhadap serangan kanser. Malahan ianya juga sesuai untuk digunakan bersama rawatan kimoterapi dan dapat mengurangkan kesan sampingan kimoterapi.

Kat sini sahaja dah dapat banyak info tentang rawatan kanser. Jadi kenapa kita nak putus asa lagi?? Teruskan usaha. Sekiranya kita dah berusaha tapi masih belum nampak hasilnya, itu semua dugaan. Sesetengah rawatan mengambil masa untuk mereka melakukan kerja yang sebenar. Oleh itu bersabarlah. Kunci kepada setiap musibah ialah bersabar, berusaha dan berdoa. Inilah masa yang sesuai untuk kita berdoa dan sujud kepadaNya. Kerana pada ketika ini, hanya ajal yang kita bayangkan. Ingatlah, Ajal maut itu ditangan tuhan. Selagi mampu, teruskan usaha. Kerana ini adalah ujian yang diturunkan kerana Dia masih sayang pada kita, kerana Dia ingin mengingatkan pada kita bahawa Dia Tuhan Yang Maha Esa, Maha Agung dan Maha Pengampun.

No comments:

Post a Comment