Friday 15 March 2013

Mengapa Gula Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)




Kajian yang telah di-publish kan di Journal Cancer Epidemiology oleh Mile Marker telah kenalpasti bahawa "GULA" adalah pantang bagi pesakit kanser kerana gula antara sumber utama yang memudahkan sel kanser membiak dan mejadikan status pesakit kanser di tahap yang lebih merbahaya.

Apa yang membuatkan "GULA" sebagai makanan pantang untuk pesakit kanser?

Gula merupakan makanan yang mempunyai kandungan nilai index glycemic yang sangat tinggi. Apabila tubuh menerima makanan bergula tinggi, paras gula dalam darah naik melonjak dan ini menyediakan keadaan proliferasi (keupayaan untuk berganda) bagi sel kanser dalam tubuh manusia. Penghasilan ini mengakibatkan tumor akan membesar dengan cepat.

Konsep yang mudah difahami adalah kanser sel hidup dengan pemakanan bergula dari darah dalam tubuh manusia, tetapi dari sudut sains yang sebenar adalah...tubuh badan manusia memerlukan gula atau glukos untuk tenaga. Selain tenaga fizikal, tenaga basal juga diperlukan oleh organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan otak untuk berfungsi normal. Jangan risau, walaupun berpantang makanan manis dan bergula, itu tidak bermakna tubuh akan menjadi lemah, tiada tenaga dan organ-organ tidak boleh berfungsi..kerana tubuh badan kita boleh menghasilkan glukos/tenaga dari sumber makanan lain seperti protein, karbohidrat dan lemak.

Gula yang banyak juga akan banyak menghasilkan 'insulin'. Insulin adalah sejenis bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan. Fungsi insulin ini adalah untuk tatacara sel-sel berkembang. Jumlah insulin yang terlalu banyak akan menggangu sistem tubuh dan mengakibatkan sel kanser boleh membiak tanpa kawalan. Maka, kadar pengambilan gula yang banyak bukalah suatu yang baik,kan?

Kajian oleh Pakar Susanna Larson yang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 memberi bukti bahawa kadar paras gula yang tinggi dalam darah dan kadar insulin yang tinggi hasil dari makanan bergula memberi kesan berkala pada perubahan biologikal tubuh manusia. Kesan tersenut mengakibatkan stimulasi sel kanser untuk hidup subur dan membiak, terutama untuk kes kanser pankreas, kolon, perut, prostat dan payudara.

Gantikan gula/manisan dengan :
- madu asli
- stevia

Jadi ingat ya...Dengan memotong kadar pengambilan makanan bergula secara berterusan akan melemahkan sel kanser. Berhemahlah dalam pemilihan makanan.

No comments:

Post a Comment