Sunday 10 June 2012

Perghh!!!



gambar lawak

skirt

Gambar-gambar ini tidak dapat dinafikan lucunya kerana seorang lelaki yang memakai skirt kembang pendek berwarna merah jambu membuat aksi dan gaya yang sangat kelakar seperti memeluk pokok, menari di padang rumput dan macam-macam lagi!

merah jambu

Beliau di dalam gambar adalah seorang jurugambar yang bernama Bob Carey tinggal di Amerika Syarikat. Dari sudut pandangan gambar beliau, saya pasti anda fikir beliau adalah seorang yang lemah lembut ataupun “gay” tetapi sebenarnya tidak. Bob adalah seorang lelaki sejati yang sudah pun berkahwin dan beliau mengambil gambar-gambar sebegini adalah untuk membantu isterinya yang merupakan bekas pesakit kanser payudara.

lelaki pakai skirt

pakai skirt

Gambar-gambar Bob telah menjadi amat popular dan hasil pendapatan beliau dari gambar-gambar tersebut telah dirancang untuk didendermakan kepada semua organisasi kanser payudara. Bob berharap untuk meningkatkan pendapatan beliau kepada $USD 75,000 (kira-kira RM230,110) dengan hanya melalui pra pesanan sahaja.

gambar lawak2


Kanser Rahim (Cegah Sebelum Terlambat)

Adakah anda tahu mengenai kanser rahim? dan bagaimana anda ingin mengetahui bahawa anda sudah pun mengalaminya? Sekiranya anda selalu berkunjung pada kempen yang dilakukan oleh pihak hospital ataupun kini Kementerian juga sedang giat memperingatkan kita tentang pentingnya melakukan pemeriksaan di hospital. Maka anda akan tahu bahawa anda sudah pun selamat daripada kanser rahim atau pun sebaliknya. Sekiranya anda tidak dapat meluangkan masa untuk menyertai kempen atau majlis seumpamanya, di sini penulis ingin berkongsi beberapa fakta dan bagaimana ingin mengetahui petanda-petanda awal kanser rahim ini.


Kanser rahim terbahagi kepada dua jenis, iaitu kanser serviks dan kanser korpus. Tumor yang wujud di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim inilah yang kita gelar sebagai kanser serviks. Tetapi, sekiranya tumor wujud di dalam rahim kita gelarkannya kanser korpus.

Simpton
  • Susah atau rasa sakit ketika kencing
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Serviks- Pendarahan vagina yang abnormal berlaku semasa melakukan seks atau pendarahan yang bukan pada masa haid.
  • Korpus- Pendarahan sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.

Faktor

  • Hubungan seks pada usia muda.
  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  • Merokok
  • Wanita daripada golongan susah
  • Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
Pesan admin, sekiranya anda ingin menjauhi daripada terkena penyakit tersebut maka jauhilah daripada beberapa perkara yang telah penulis sebutkan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser rahim, penulis sarankan untuk menyertai mana-mana kempen yang diaturkan samada daripada badan kerajaan atau bukan kerajaan.  

Saturday 9 June 2012

Kenali Kanser Payudara

Pada "post" yang terdahulu saya telah menerangkan mengenai kanser dan faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya kanser. Saya yakin kita semua juga telah mengetahui jenis-jenis kanser yang telah dikenal pasti di seluruh dunia. Di sini saya ingin menyentuh mengenai kanser payudara yang semakin hangat diperkatakan kini. Kementerian Malaysia, tidak kira ianya daripada Kementerian Kesihatan ataupun Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kalau kita lihat begitu rancak mengingatkan kita tentang bahayanya kanser payudara dan mereka juga telah banyak menganjurkan kempen-kempen kesedaran pada kita. 



                          





Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku di antara kaum wanita, bukan sahaja di Amerika Syarikat (210 000 kes setahun), malah di semua negara membangun. Antara kejadian : antara 8-9 orang wanita, seorang daripadanya akan menghidap kanser payudara, ia bergantung kepada negara mana. Kejadian ini terus meningkat 1 sehingga 2% setiap tahun, tetapi tahap kematian semakin stabil pada sepuluh tahun yang lepas. Kanser Payudara masih dilihat sebagai penderitaan masyarakat di negara barat : terutamanya di Amerika Syarikat , Kanada, Eropah Barat, Australia , New Zealand. Pada masa ini, lebih dari 1 juta wanita di Amerika Syarikat menghidap kanser payudara peringkat II, III atau IV. Walaupun sains perubatan belum dapat membanteras kanser ini, kemajuan dalam diagnosis dan terapi dapat merawat ramai pesakit.
Namun demikian, risiko bukan di luar tafsiran sebab ia terlalu kerap: risiko sebenar ialah 13%, dan peninjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% kaum wanita di luar tafsiran bagi kanser ini : purata tafsiran 46% dari 13% yang sebenar. Jangan lupa sebanyak  1000 orang lelaki dipengaruhi setiap tahun di Amerika Syarikat. 





Malaysia


Itu cerita diluar negara, tetapi bagaimana pula di Malaysia?

  1. Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  2. Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  3. Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  4. Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
  5. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  6. Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  7. Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  8. Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun. 

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh  Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.
 

Kanser

Apa itu kanser?

Kanser adalah penyakit sel-sel. Sel-sel ini bekerja untuk menggantikan tisu-tisu, memulihkan sel-sel rosak dan membantu pertumbuhan. Sel-sel kembali oleh gen-gen tertentu. Apabila gen ini berkembang atau membahagi secara abnormal dan membesar membentuk suatu gumpalan (tumor), ia menjadi barah.Sel-sel yang rosak juga boleh bergerak jauh dari kawasan kanser asal (primer) melalui saluran cecair tisu tempatan (limfatik) atau aliran darah, menyerang organ-organ lain. Apabila sel-sel ini sampai ke bahagian yang baru, mereka boleh terus berkembang, membentuk tumor baru di kawasan itu. Ini dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis.


Punca kanser


Tiada jawapan yang pasti apa yang menyebabkan kebanyakan barah. Tabiat gaya hidup dan rekreasi atau bahan dalam persekitaran kita mempengaruhi badan biasanya dikenal pasti sebagai faktor risiko yang berkemungkinan.Antara lain yang dikenal pasti faktor risiko yang tinggi untuk kanser termasuk merokok, diet, bahan kimia dan asbestos. Kanser tidak berjangkit dan anda tidak akan dijangkiti dengan hanya tersentuh seseorang yang mempunyainya.


Kanser di Malaysia



  1. Mengikut anggaran, terdapat kira-kira 90-100,000 orang di Malaysia yang hidup dengan kanser pada satu-satu masa.
  2. Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) merekodkan 21.773 rakyat Malaysia di diagnos dengan kanser tetapi anggaran bahawa hampir 10,000 kes adalah yang tidak berdaftar setiap tahun.
  3. Adalah dianggarkan bahawa satu daripada empat rakyat Malaysia (1:4) akan menghidap kanser adalah berusia 75 tahun.
  4. Peningkatan penduduk dan jangka hayat yang lebih panjang menyumbang kepada peningkatan kanser. Kurang daripada 10% daripada kanser berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding lebih 50% kalangan lelaki dan 35% di kalangan wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas.
  5. Kanser berlaku lebih pada wanita berbanding lelaki dengan nisbah lelaki kepada perempuan 1:1.2

5 kanser paling tinggi menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita di Malaysia adalah seperti berikut:
  • payudara
  • Kolorektal (usus)
  • paru-paru
  • serviks
  • nasofarinks
Walaupun dianggap 3 sebab utama kematian pramatang di Malaysia, hanya 30-40% daripada semua kematian akibat kanser disahkan oleh perubatan, bermakna tidak ada angka tepat orang yang mati akibat kanser.

Kajian menunjukkan bahawa 10.3% daripada risiko kematian rakyat Malaysia akibat penyakit ini sebelum berusia 75 tahun. (Globocan, 2008)

Kanser menjadi punca utama kematian disebabkan oleh faktor-faktor risiko yang boleh dielakkan seperti merokok dan pendedahan tembakau, pemakanan yang tidak sihat, alkohol, senaman yang tidak mencukupi atau berat badan berlebihan.

Peningkatan dalam pengesanan awal dan rawatan membawa kepada kadar kelangsungan hidup yang lebih baik bagi orang yang menghidapi kanser.