Sunday 17 March 2013

Durian Belanda, Kegunaannya pada masyarakat luar

Di Peru, penduduk di banjaran Andes telah menggunakan daun durian belanda ini sebagai serbuk teh bagi mengubati sakit kerongkong. Biji durian belanda ini pula ditumbuk halus bertujuan untuk membunuh parasit seperti cacing dalam tubuh manusia.

Penduduk Amazon pula mengambil akar, kulit dan daunnya sebagai penawar kencing manis.

Suku asli Guyana turut menjadikan serbuk teh dengan menggunakan daun dan kulit pokok untuk dijadikan sebagai tonik minuman untuk masalah jantung dan penyakit hati. Minyak daripada daun atau buahnya yang masih muda yang kemudiannya dicampurkan bersama minyak zaitun dijadikan untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sendi dan sengal-sengal badan. Khusus untuk warga ibu yang baru melahirkan anak, suku ini juga menggalakkan untuk meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping untuk menghindari ketegangan.

Haiti, Jamaica dan India Barat, menjadikan buah dan air perahan durian belanda (minum) sebagai ubat demam dan membunuh cacing. Kulit buah durian belanda turut digunakan untuk mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak.

Perubatan moden telah mendapati melalui pelbagai kajian yang dilakukan bahawa bahan yang terkandung dalam buah durian belanda mampu digunakan sebagai anti (bakteria, kanser, tumor, astrigen dan penyakit saraf). 

No comments:

Post a Comment