Saturday 23 March 2013

Islam dan Kesihatan

Islam itu indah sekiranya kita dapat menghayati segala maksud yang tersirat sebagaimana sunnah Rasulullah S.A.W.. Kita sedia maklum, bahawa setiap perbuatan baginda mempunyai agenda yang tersendiri. Antaranya ialah baginda mengamalkan meminum segelas minuman sejuk pada setiap pagi. Tujuan baginda berbuat demikian adalah untuk mengelak daripada terkena penyakit atau menyukarkan diri daripada mendapat penyakit.



Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh sebagaimana Islam itu menjaga jiwa dan akal manusia. Inilah keindahan Islam yang patut kita hayati kerana kita disuruh untuk  menjaga kesihatan diri kerana tubuh yang sihat merupakan anugerah yang berharga daripada Allah.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

   "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Islam telah meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang tinggi selepas iman. Ini telah diperjelaskan melalui sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

   "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman)." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Berikut merupakan amalan untuk menjaga kesihatan yang menjadi peganggan nabi kita:

  • Ketika menunaikan solat subuh kita disunatkan untuk bertakafur (sujud seketika selepas membaca doa). Para saintis telah membuat kajian mengenai perbuatan sujud di dalam solat yang kita lakukan. Mereka menemui suatu ruang udara yang kecil di dalam saluran darah pada kepala kita yang tidak dipenuhi dengan darah. Melalui perbuatan sujud, darah akan dapat mengalir masuk ke ruang tersebut. ianya dapat mengelak daripada pening atau migrain.
  • Perbuatan mandi pagi sebelum subuh atau sebelum matahari terbit dapat mengurangkan lemak di dalam badan.
  • Nabi mengajar kita untuk makan dengan menggunakan tangan dan menjilat jari kita sesudah selesai menjamu selera. Perbuatan ini turut dikaji oleh para saintis dan mereka menjumpai bahawa terdapat banyak enzim (sejenis alat pencernaan makanan) yang terkandung dicelah jari-jemari kita, suatu enzim yang 10 kali ganda terdapat di dalam air liur.
  • Rasulullah S.A.W. menegah kita untuk makan makanan laut bersama makanan darat. Para pengkaji telah mendapati dimana makanan barat mengandungi ion positif manakala makanan laut mengandungi ion negatif. Sekiranya keduan jenis makanan ini dicampurkan maka suatu tindak balas kimia yang terhasil dapat merosakkan usus kita.
Namun sebagai peringatan kita, kadang-kala kita telah di uji dengan kesakitan walaupun kita berusaha menjaga kesihatan. Wasiat baginda, Rasulullah S.A.W. kepada para pesakit supaya mereka berubat yang bermaksud:

   "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada baginda dan mereka bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?" Maka sabda Nabi: "Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja." Maka mereka bertanya,"apakah penyakit itu?" Sabda Nabi : "Penyakit itu ialah 'tua'." (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis diatas menggesa suapaya kita mengkaji dan berusaha mencari penawar dan ubat bagi setiap penyakit yang kita alami. Sekiranya tidak tahu jalan mana yang perlu dilalui, bertanyalah kepada pakar perubatan mengenai penawarnya sebagaimana sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

   "Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkaitan dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku." (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

No comments:

Post a Comment