Ramai
yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung
terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita
minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan
dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat
badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat
badan.
1- Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah
pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak
sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak,
anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau
nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air
tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2- Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk
mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk
mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang
bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu
membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3-Teh yang tidak
terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.

4-Kopi
Secawan kopi pada
waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil
daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu
untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan
meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan
gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat
kesan yang terbaik.
5-Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.

Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin
cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan
impian anda.
No comments:
Post a Comment