Friday 28 September 2012

Panduan untuk pesakit Lumpektomi dan mastektomi




Pelbagai perkara akan berubah apabila diagnosis kanser payudara diketahui. Ini mungkin pengalaman anda dengan doctor, hospital dan teknologi perubatan yang canggih. Dan semuanya akan nampak janggal bagi anda.

Aspek emosi dalam kanser payudara.

Menghidap kanser akan mempengaruhi emosi dan keadaan fizikal anda. Anda mempunyai cara tersendiri untuk menangani kanser sama seperti anda mengendalikan hidup sendiri.

Anda mungkin akan berasa untuk marah, kecewa, keliru atau sedih. Kadang-kadang perasaan anda juga akan meluap-luap, tapi perlu diingatkan bahawa perasaan ini adalah sebahagian daripada diri anda. Setiap orang adalah unik dan gerak balas serta tempoh pemulihan berbeza.

Diagnosis dan rawatan

Lumpektomi.

Mungkin anda telah mendengar tentang pelbagai nama yang merujuk kepada pembedahandan di antaranya ialah lumpektomi atau  pembuangan ketulan atau penyingkiran sebahagian dari payudara dan bukannya keseluruhan.

Diagnosis kanser payudara boleh berlaku dengan cepat. Anda mungkin berasa bahawa anda tidak punyai masa untuk bersedia dengannya.

Kajian telah menyatakan bahawa bagi semua kanser payudara peluang untuk hidup adalah samauntuk pesakit yang menjalani lumpektomi, radioterapi mahupun mastektomi. Berbincanglah dengan doctor dan buat keputusan berdasarkan maklumat yang telah diberikan.


Radioterapi (sinaran terapi)

Selepas menjalani lumpektomi, seorang wanita akan melakukan radioterapi hamper setiap kali. Bertemu pakar radiologi terlebih awal untuk mendapatkan jawapan bagi segala kemusykilan anda dan untuk memastikan agar langkah seterusnya bersesuaian.

Melakukan rawatan ini dapat mengurangkan kemungkinan kanser terjadi semula pada payudara. Lazimnya ia berlanjutan selama lima hingga tujuh minggu, lima hari seminggu. Rawatan lazimnya ditetapkan pada masa yang sama setiap hari.

Kulit anda mungkin kering sedikit akibatdaripa penyinaran pada kawasan payudara dan lazimnya ia tidak menyakitkan. Kulit anda juga mungkin akan gatal-gatal, bengkak sedikitdan gelap sedikit. Kesan sampingan yang lazim ialah anda akan berasa lesu. Kesan sampingan ini hanya sementara dan mungkin berkurang setelah rawatan tamat.

Bertanya kepada pakar onkologi anda bagaimana cara basuh yang sesuai pada kawasan tersebut. Selalunya pesakit disarankan menggunakan sabun berlemak yang tidak mengeringkan kulit, dan tidak menggosok kawasan tersebut. Namun digalakkan untuk menggunakan deodorant dan sabun tulen kerana ia mungkin akan mengeringkan kulit anda. Elakkan kawasan rawatan daripada sumber haba seperti botol panas ataupun lapik pemanas.

Kesan sampinga paling lazim ialah keletihan yang kemungkinan akan berterusan  selama beberapa minggu selepas radioterapi tamat. Pada waktu ini kurangkan stress dengan banyak berehat sebanyak mungkin dan makan makanan yang seimbang.

Berhati-hati agar tidak terdedah dengan cahaya matahari. Selama enam bulan selepas rawatan, gunakan krim pelindung matahari tahap SPF atau lebih tinggi untuk melindungi kawasan yang terkena sinaran akibat radioterapi.

Pembentukan semula payudara

Tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada payudara anda selepas dari menjalani lumpektomi dan radioterapi. Jika terdapat perbezaan, maka pembentukan semula payudara dapat dilakukan.

Kimoterapi.

Kimoterapi merawat seluruh tubuh. Keputusan menjalani kimoterapi ini bergantung berdasarkan beberapa factor seperti penglihatan nodus limfa, saiz tumor dan reseptor hormone.

Kimoterapi yang diberikan oleh pakar terdiri daripada gabungan ubat yang memusnahkan sel kanser yang mungkin telah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Kajian telah memastikan bahawa gabungan ubat kimoterapi lebih berkesan daripada ubat tunggal. Berikut adalah bebebrapa gabungan ubat yang lazim digunakan:
v CMF: cyclophosphamide, methotrexate dan 5-flourouracil
v FAC dan FEC: 5-flourouracil, Adriamycin atau epirubicin dan cyclophosphamide.

Walaupun kimoterapi mempunyai kesan sampingan, faedah jangka masa panjang lazimnya dapat mengatasi sebarang kerumitan yang mungkin anda alami. Kesan sampingan tidak di alami oleh kesemua wanita. Beberapa kesan sampingannya ialah, loya, muntah-muntah, keguguran rambut sementara, bilangan sel darah rendah dan putus haid yang agak awal. Namun pakar onkologi dapat memberikan ubat lain kepada anda yang dapat membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah serta memulihkan bilangan sel darah anda.

Rambut gugur
Anda mungkin perlu bersiap-sedia dengan rambut palsu bagi menghadapi keguguran rambut akibat daripada rawatan kimoterapi. Rambut palsu sintetik mempunyai bentuk yang kekal dan boleh dipotong, dinipiskan ayau didandan untuk kesesuaian anda. Rambut itu juga mudah dibasuh dan dikeringkan. Ikut arahan untuk menjaga rambut tersebut dan harus diingatkan bahawa haba yang tinggi mampu merosakkan rambut palsu anda.

Masalah penjagaan mulut.

Kimoterapi boleh mengurangkan daya tahan tubuh terhadap kuman. Mulut mengandungi bakteria yang banyak, maka sebab itu menjaga kebersihan mulut amatlah penting. Penjagaan gigi dengan betul dapat menghindar jangkitan pada gusi dan tisu yang lain akibat permukaan gigi yang kasar, tampalan gigi yang sompek, tatar atau pemakaian gigi palsu yang tidak sesuai. Pemeriksaan filem x-ray yang menyeluruh amat disyorkan sebelum melakukan rawatan kimoterapi.

Sejenis radang tisu mulut yang kadangkala terjadi akibat kimoterapi digelar sebagai stomatitis. Ini mungkin menyakitkan dan akan menggangu penjagaan gigi setiap hari. Malah ia turut akan menyebabkab pesakit sukar untuk makan.apabila masalah ini berlak, kimoterapi mungkin dikurang atau dihentikan seketika. Jika terdapat sebarang masalah, beritahu doctor dan minta nasihat daripada doctor tersebut.

Bilangan sel darah yang rendah.

Kebanyakkan ubat kimoterapi akan menjejaskan tulang sum-sum dengan mengurangkan keupayaan untuk menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Sel darah merah bertugas sebagai pembawa oksigen ke suluruh tubuh dan apabila sel ini berkurang anemia akan berlaku. Kesan daripada anemia ialah anda akan berasa letih, pitam dan sesak nafas.
Sel darah putih pula berperanan melawan jangkitan dan sekiranya ia berkurangan, kemungkinan besar anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Platete membantu membekukan darah. Bilangan platete yang rendah risiko untuk mengalami pendarahan dan lebam-lebam adalah besar.

Sekiranya bilangan platete rendah, elakkan daripada berada di khalayak ramai dan juga orang mengalami jangkitan selsema. Sentiasa basuh tangan pada waktu siang terutama sebelum makan dan selepas menggunakan bilik air. Pihak rawatan akan memberikan arahan yang lain untuk melindungi anda dari terkena jangkitan.

Gejala yang akan anda hadapi sekiranya anda terkena jangkitan:
v Deman panas melebihi 38 darjah
v Seram sejuk
v Berpeluh
v Terasa pedih semasa kencing
v Batuk atau sakit tekak atau berak cair
Sekiranya gejala diatas muncul pada anda, maka anda hendaklah memberitahu doctor atau jururawat dengan segera.
Anda juga disarankan untuk mengelak kegiatan yang boleh mendatangkan kecederaan. Namun sekiranya anda mengalami lebam / bintik-bintik merah dibawah kulit / pendarahan (pendarahan gusi dan hidung) segera memberitahu doctor anda.

Terapi hormone

Rawatan ini lazimnya diberikan kepada wanita yang mempunyai reseptor hormone positif. Ia menghentikan pertumbuhan sel kanser payudara yang mungkin masih berada di dalam tubuh selepas pembedahan.

Kebanyakkan orang, menunjukkan sedikit kesan sampingan antara kesan sampingan akibat rawatan ini:
v Loya
v Peningkatan berat badan
v Lelehan faraj atau kekeringan faraj
Bagi wanita muda pula:
v Putus haid
v Rasa panas yang tak menentu
v Banyak berpeluh

Ujian klinikal

Ramai penghidap kanser tidak mengetahui bahawa mereka boleh menyertai ujian klinikal. Kaedah ini,menguji rawatan baru dan menjanjikan penjagaan terkini kepada pesakit. Ujian ini memberi pesakit mencuba rawatan baru sebelum ianya  digunakan secara meluas. Namun ramai yang tidak berani mencuba rawatan ini kerana beranggapan bahawa mereka ialah “tikus makmal”.  Penyertaan dalam ujian ini memastikan anda akan menerima terapi semasa dan paling terkini pada masa sekarang.

Terapi sampingan

Ramai di kalangan wanita menggunakan terapi sampingan selepas mengetahui diagnosis kanser payudara. Ia membantu untuk mengekalkan kesihatan secara am tanpa menjejaskan keadaan kanser. Dan ia juga mungkin akan mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser dan meningkatkan kualiti hidup. Antara kaedah sampingan yang seringkali meningkatkan kualiti semasa kanser ialah, pengurangan stress, pengekalan kuailiti makanan, doa, urut, bertakafur, akupuntur, kaunseling tentang pemakanan, akupuntur dan xi gong.



Thursday 27 September 2012

Penjagaan selepas rawatan (maklumat berguna).



 Adakah lumpektomi sebagai pilihan anda?
Lumpektomi atau pembuangan ketulan atau penyingkiran sebahagian daripada payudara.
Ø  Rawatan selepas lumpektomi ialah:
1.     Kimoterapi.
2.     Radioterapi
3.     Terapi hormone
4.     Ujian klinikal
5.     Terapi sampingan
6.     Rawatan alternative

A.     Selepas pembedahan.
ü  Kita akan mudah berasa letih dan perlu banyak berehat.
ü  Punyai kesan sampingan yang sementara seperti bengkak dan kemerah-merahan di tempat yang di bedah.
ü  Sekiranya ia berair atau kesan sampingan yang sementara itu menjadi semakin teruk, maklumkan kepada doctor dengan segera.

B.      Senaman
Ø  digalakkan untuk meminta nasihat doctor terlebih dahulu mengenai bila senaman boleh dilakukan, bagaimana, apakah jenis senaman yang boleh dilakukan.

C.     Penjagaan lengan
Ø  Limpoedema ialah nodus limfa yang telah bengkak selepas menjalani pembedahan.
Ø  Ia boleh berlaku sejurus selepas pembedahan dan ini lazimnya hanya sementara tetapi terdapat juga yang berlaku selepas beberapa bulan atau tahun.
Ø  Nodus limfa berfungsi sebagai sistem penuras bagi cecair yang berlebihan, sel yang tak normal dan hasil sampingan akibat jangkitan.

Berikut adalah langkah bagi mengurangkan daripada berlakunya limfodema:
v Jika boleh, pastikan setiap urusan pengambilan darah, tekanan darah dan suntikan dilakukan pada lengan yang satu lagi.
v Basuh dengan sabuh dan air sekiranya terdapat luka atau melecur pada lengan. Kemudian letakkan ubat antibakteria dan balut luka dengan pembalut steril.
v Apabila ingin berkebun, pastikan anda memakai sarung tangan. Gunakan alat pencuci apabila tangan anda selalu berendam dalam air.
v Lindungi jari daripada terkena benda tajam seperti jarum.
v Jangan mengangkat barang menggunakan tangan yang dirawat.
v Jangan pakai barang kemas, pakaian sendat dan sarung sendat.
v Elakkan daripada terkena cahaya matahari terutamanya pada tangan dan dada.
v Digalakkan bersenam selalu tetapi jangan terlalu meletihkan tangan.
v Digalakkan juga untuk merujuk kepada doctor dahulu sebelum menggunakan apa-apa hormone termasuk krim hormone.

D.    Tido.
Dinasihatkan supaya meletakkan bantal kecil pada bawah lengan yang sebelah yang dirawat untuk mengurangkan tekanan.

E.     Protesis (payudara palsu)
v Hampir kesemua wanita tidak memerlukan protesis tambahan selepas lumpektomi.
v Namun hanya sekiranya tisu payudara yang disingkirkan agak banyak , anda mungkin memerlukan protesis separa tambahan.
v Pembentukan boleh dilakukan daripada silicon, busa atau sabut.
v Anda juga boleh membuat pilihan lain iatu pelapik coli.
v Bahan ini boleh dibasuh kerana ianya diperbuat daripada polimer atau getah busa.

F.     Coli.
v Pakai coli yang berganjal di bahagian belakangnya.

Penjagaan lanjutan.
      I.         Rawatan perubatan.
v Jika anda berpindah, sila pastikan anda membawa rekod perubatan bersama anda atau aturkan supaya rekod tersebut dapat dihantar kepada doctor baru anda.

    II.         Pemeriksaan payudara sendiri (selepas pembedahan)
v Periksa bahagian tepi payudara atau dada, ketiak dan kawasan parut.
v Lakukan pemeriksaan payudara sendiri hanya ketika anda tidak mengalami haid.

  III.         Pemakanan dan cara hidup
v Elakkan daripada mengalami berat badan yang berlebihan.
v Elakkan daripada makan makanan yang mengadungi lemak yang banyak.

Langkah mengamalkan gaya hidup sihat.

v Kurangkan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.
v Gantikan pengambilan lemak dengan susu segar atau krim kurang lemak atau tanpa lemak.
v Makan daging putih seperti daging ayam.
v Tambahkan makanan seperti sayur , buah, dan bijirin.
v Bersenam, berjalan selama 30 minit sebanyak tiga atau empat kali seminggu.

Komunikasi.
a)    Pasukan perawat.
v Dapat mengurangkan perasaan cemas dan takut anda.
v Boleh menerima nasihat tentang pilihan rawatan.
v Boleh memberi dan melakukan rawatan.
v Sebagai sumber sokongan emosi.

b)   Pasangan.
v Dapat meluaskan pandangan dan pilihan.

c)    Orang dewasa.
v Anda mungkin akan berasa takut dan marah. Anda akan rasa takut untuk kehilangan pasangan,hilang tarikan seks, hilang pekerjaan dan mati.
v Luahkan perasaan anda kepada ahli keluarga atau orang yang rapat dengar anda agar anda akan mendapat keyakinan.

d)   Kanak-kanak.
v Berterus-terang dengan anak-anak anda bagi mengelakkan salah faham  di masa depan.
v Untuk anak remaja, jangan terlalu kongkong mereka.
v Kongsi perasaan dengan mereka, lungkan masa dengan mereka dan biarkan mereka bantu anda.

e)    Majikan.
v Berterus-terang dengan majikan anda.

f)     Sumber sokongan lain.
v Terdiri daripada pakar dan rakan baru yang mengalami sakit yang sama seperti anda.
v Terdapat juga kumpulan sokongan bagi wanita yang mengalami sakit kanser bagi berkongsi pengalaman.

Cadangan tentang insurans.

v Jika memiliki insurans kesihatan dan polisi anda adalah majikan yang besar, terdapat bahagian khusus yang mungkin dapat mengendalikan permohonan anda.
v Perlu berhubung dengan syarikat anda terlebih awal untuk kelulusan bagi rawatan tertentu atau tempoh yang dibenarkan tinggal di hospital.
v Jika anda bekerja di syarikat kecil dan mempunyai polisi insurans berkelompok atau secara individu, patuhi kehendak yang tercatat pada polis sebelum pembedahan.