Saturday 9 June 2012

Kenali Kanser Payudara

Pada "post" yang terdahulu saya telah menerangkan mengenai kanser dan faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya kanser. Saya yakin kita semua juga telah mengetahui jenis-jenis kanser yang telah dikenal pasti di seluruh dunia. Di sini saya ingin menyentuh mengenai kanser payudara yang semakin hangat diperkatakan kini. Kementerian Malaysia, tidak kira ianya daripada Kementerian Kesihatan ataupun Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kalau kita lihat begitu rancak mengingatkan kita tentang bahayanya kanser payudara dan mereka juga telah banyak menganjurkan kempen-kempen kesedaran pada kita. 



                          





Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku di antara kaum wanita, bukan sahaja di Amerika Syarikat (210 000 kes setahun), malah di semua negara membangun. Antara kejadian : antara 8-9 orang wanita, seorang daripadanya akan menghidap kanser payudara, ia bergantung kepada negara mana. Kejadian ini terus meningkat 1 sehingga 2% setiap tahun, tetapi tahap kematian semakin stabil pada sepuluh tahun yang lepas. Kanser Payudara masih dilihat sebagai penderitaan masyarakat di negara barat : terutamanya di Amerika Syarikat , Kanada, Eropah Barat, Australia , New Zealand. Pada masa ini, lebih dari 1 juta wanita di Amerika Syarikat menghidap kanser payudara peringkat II, III atau IV. Walaupun sains perubatan belum dapat membanteras kanser ini, kemajuan dalam diagnosis dan terapi dapat merawat ramai pesakit.
Namun demikian, risiko bukan di luar tafsiran sebab ia terlalu kerap: risiko sebenar ialah 13%, dan peninjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% kaum wanita di luar tafsiran bagi kanser ini : purata tafsiran 46% dari 13% yang sebenar. Jangan lupa sebanyak  1000 orang lelaki dipengaruhi setiap tahun di Amerika Syarikat. 





Malaysia


Itu cerita diluar negara, tetapi bagaimana pula di Malaysia?

  1. Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  2. Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  3. Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  4. Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
  5. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  6. Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  7. Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  8. Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun. 

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh  Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.
 

No comments:

Post a Comment