Sunday 10 June 2012

Kanser Rahim (Cegah Sebelum Terlambat)

Adakah anda tahu mengenai kanser rahim? dan bagaimana anda ingin mengetahui bahawa anda sudah pun mengalaminya? Sekiranya anda selalu berkunjung pada kempen yang dilakukan oleh pihak hospital ataupun kini Kementerian juga sedang giat memperingatkan kita tentang pentingnya melakukan pemeriksaan di hospital. Maka anda akan tahu bahawa anda sudah pun selamat daripada kanser rahim atau pun sebaliknya. Sekiranya anda tidak dapat meluangkan masa untuk menyertai kempen atau majlis seumpamanya, di sini penulis ingin berkongsi beberapa fakta dan bagaimana ingin mengetahui petanda-petanda awal kanser rahim ini.


Kanser rahim terbahagi kepada dua jenis, iaitu kanser serviks dan kanser korpus. Tumor yang wujud di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim inilah yang kita gelar sebagai kanser serviks. Tetapi, sekiranya tumor wujud di dalam rahim kita gelarkannya kanser korpus.

Simpton
  • Susah atau rasa sakit ketika kencing
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Serviks- Pendarahan vagina yang abnormal berlaku semasa melakukan seks atau pendarahan yang bukan pada masa haid.
  • Korpus- Pendarahan sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.

Faktor

  • Hubungan seks pada usia muda.
  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  • Merokok
  • Wanita daripada golongan susah
  • Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
Pesan admin, sekiranya anda ingin menjauhi daripada terkena penyakit tersebut maka jauhilah daripada beberapa perkara yang telah penulis sebutkan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser rahim, penulis sarankan untuk menyertai mana-mana kempen yang diaturkan samada daripada badan kerajaan atau bukan kerajaan.  

No comments:

Post a Comment