Tuesday, 12 March 2013

Plastik??




Barangan Plastik Salah Satu Penyebab Kanser!!!
Barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang. Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk di kendali berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak. 

Ini merupakan kod yang dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization). Mungkin anda pernah terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar barangan plastik. Tapi tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni? Setiap simbol dan kod yang tertera memberi maksud tersendiri seperti berikut:

1-PET atau Polyethylene Terephthalate
Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air mineral dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.
KENAPA?
Bila kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser  dan ada kes seorang perempuan menghidap   kanser   payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel   kanser   tersebut.

2-HDPE atau High Density Polyethylene
HDPE biasanya dipakai untuk botol  yang berwarna  (bukan jernih), tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.
HDPE memiliki sifat  yang lebih kuat, keras  dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama juga seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.

3- V atau Polyvinyl Chloride
Plastik ini biasanya digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC. Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.

4- LDPE atau Low Density Polyethylene
LDPE, iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada suhu di bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas kimia, perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak balas gas-gas yang lain seperti oksigen. Barangan dari bahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan atau pinggan kerana sukar bertindak balas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini.

5- PP atau Polypropylene
Polypropylene adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan serta mempunyai kadar  tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.
Apabila membeli barangan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.

6- PS atau Polystyrene
Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai buang dan lain-lain.
  • Barangan daripada Polystyrene harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
  • Bahan itu juga sukar terurai. Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.

7-OTHER
OTHER merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat menyimpan makanan dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga, komputer dan alat-alat elektronik.
  • Polycarbonate (PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.
  • Bisphenol-A boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.
  • SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
  • Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.
Melihat bahaya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang merbahaya dan jika kita masih hendak menggunakan barangan  plastik, gunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).

Lawat kami di http://crzyshop.com/en/

Saturday, 9 March 2013

21 Makanan yang Dapat Mencegah Kanser



1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah  kanser  . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah  kanser  seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri.

2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.
Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan  kanser  payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID.

3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.
Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan  kanser  seperti  kanser  payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga  kanser  buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk  kanser  jika dimakan berlebihan dan kerap.

4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI
Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.
Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.

6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.
Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan  kanser  , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.
Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.

8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.

9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.
Kenali tanda-tanda awal  kanser  dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar.

10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.
Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.

12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.
Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan  kanser  .

13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.
Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab  kanser .

14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.

15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.
Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan  kanser . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.

16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.
Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan  kanser . Jangan makan mengikut hawa nafsu.

17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.
Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena  kanser , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi  kanser . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada  kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la..

18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.
Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat kanser kulit.

19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.
Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.

20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET.
Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.

21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL
Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan  kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.
Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab  kanser .

Wednesday, 6 March 2013

5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan



 Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.


1- Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.

2- Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.

3-Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.

4-Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.

5-Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.


Tuesday, 19 February 2013

Terapi metabolik dalam Kanser


Pengenalan
Dalam tahun-tahun baru-baru ini satu penilaian semula yang ketara sifat dan punca kanser telah berlaku. Kanser dahulunya dipercayai menjadi penyakit setempat, dicirikan oleh luka, biasanya dalam bentuk pertumbuhan, yang muncul di beberapa bahagian tertentu badan. Luka berpusat ini telah dianggap sebagai hasil aktiviti yang dihasilkan oleh ejen virus menyerang, karsinogenik atau beberapa bentuk trauma seperti tamparan.
Hari ini, terdapat suatu sabitan yang semakin meningkat di kalangan penyelidik dan doktor bahawa kanser adalah satu penyakit yang kompleks yang merupakan hasil akhir metabolisme terganggu (kimia badan). Ia adalah penyakit berbahaya yang melibatkan seluruh badan; sistem saraf, saluran penghadaman, pankreas, paru-paru, organ perkumuhan, sistem endokrin, dan mekanisme pertahanan keseluruhan. Perulangan kerap malignan selepas rawatan dengan kaedah konvensional pembedahan, radiasi dan / atau kemoterapi keputusan kerana punca metabolik asas yang asas kanser jarang dipertimbangkan dan seterusnya tetap tidak diperbetulkan.
Etiologi Kanser
Dalam tubuh manusia terdapat beribu-ribu sel yang ditangkap, semasa pembangunan, pada peringkat embrio. Sel-sel ini dipanggil sel mesenchymal, fibroblas, neoblasts, dan lain-lain fungsi utama mereka adalah pembaikan. Apabila tulang rosak, sel-sel ini mampu untuk mengubah ke dalam sel-sel tulang. Jika darah hilang, sel-sel yang sama mampu untuk mengubah ke dalam sel-sel darah. Mereka adalah benar-benar pluripotential dan boleh bertindak balas terhadap apa-apa bilangan rangsangan morphogenetic. Sel-sel yang sama, apabila tertakluk kepada karsinogen (penyebab kanser bahan kimia) berkembang menjadi sel-sel kanser. Setiap hari, setiap manusia, nombor besar embrio sel-sel normal menjadi berkanser. Mereka jarang, bagaimanapun, menjadi penyakit yang kita panggil kanser kerana sistem yang luar biasa dipanggil sistem imun. Fungsi sistem ini adalah untuk memusnahkan atau meneutralkan semua bahan asing di dalam badan. Apabila sel embrio menjadi sel kanser ia adalah, dari pandangan biokimia, asing kepada badan. Oleh itu, kami terus untuk kekal sihat kerana limfosit, makrofaj, dan komponen lain sistem imun mampu untuk meneutralkan atau memusnahkan sel-sel dan menghalang mereka menyebarkan dan pendaraban. Sel-sel kanser biasanya dimusnahkan oleh mekanisme pertahanan badan kita dalam masa beberapa jam.
Jika sistem imun, bagaimanapun, adalah lemah dari pemakanan yang buruk, pencemaran alam sekitar yang berlebihan atau berterusan tekanan yang melemahkan, sel-sel kanser adalah ceplosan dan akan membiak dengan cepat membentuk gejala "pertumbuhan" kanser. Sistem imun kita umumnya melemahkan dengan memajukan umur. Ini meningkatkan kemungkinan penyakit degeneratif metabolik yang berlaku. Salah satu objektif utama semua terapi metabolik adalah untuk memulihkan sistem imun badan dan untuk mengembalikannya kepada keadaan berfungsi sepenuhnya. Pencapaian matlamat ini membenarkan sistem imun untuk menghapuskan atau sebaliknya menafikan sel-sel kanser sebelum mereka boleh memulakan pertumbuhan invasif.
Pakar metabolik dan penyelidik percaya bahawa kita boleh kekal sihat jika kita membekalkan sel-sel individu badan dengan jumlah yang betul oksigen, nutrien, enzim, mineral, asid amino, dan lain-lain nutrien penting dari kedua-dua diet dan pemakanan tambahan. Sama penting adalah keupayaan badan untuk menghapuskan bahan buangan metabolisme selular melalui pergerakan usus yang betul, pernafasan yang cekap, perkumuhan normal, dan lain-lain Rawatan mesti disediakan yang akan membantu badan menyahtoksik dirinya dengan menghapuskan pencemar berbahaya. Ini, pada asasnya, adalah jantung terapi metabolik. Ia adalah satu program yang bermuka-muka yang menggabungkan pelbagai unsur-unsur yang berkaitan, setiap yang memainkan peranan penting dalam kejayaan terapi lengkap.

Monday, 18 February 2013

Vitamin B17 Sebagai pencegahan


Vitamin B-17 adalah salah satu sumber utama makanan dalam budaya seperti orang Eskimo, Hunzas, Abkasians dan banyak lagi. Adakah anda tahu bahawa dalam puak-puak ini tidak pernah ada kes yang dilaporkan kanser? Menurut Dr Krebs, kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 mg vitamin B-17 (bersamaan kira-kira tujuh biji aprikot) terlalu hampir menjamin kehidupan yang bebas kanser. Makanan yang mengandungi vitamin B-17 adalah seperti berikut:
  • Biji atau Benih Buah: kepekatan tertinggi vitamin B-17 boleh didapati dalam alam semula jadi, selain dari badam pahit. Epal, aprikot, ceri, nectarine, pic, pear, plum, prun.
  • Kacang
  • Beri: Hampir kesemua jenis beri liar.
  • Benih: Chia, flaks, bijan.
  • Rumput: Acacia, alfalfa (tumbuh), akuatik, Johnson, milkweed, Sudan, tolak, gandum rumput, putih Dover.
  • Bijian: Groats oat, barli, beras perang, soba Groats, chia, flaks, sekoi, rai, vetch, beri gandum.
Dua peraturan praktikal: Menurut Dr Krebs, konsep asas adalah bahawa yang secukupnya setiap hari B-17 boleh diperolehi dengan mengikuti salah satu daripada dua cadangan:
Pertama, makan semua buah-buahan yang mengandungi B-17 keseluruhan (biji disertakan), tetapi tidak makan lebih daripada benih oleh diri mereka daripada apa yang anda akan makan jika anda makan mereka dalam sebiji buah. Contoh: jika anda makan tiga biji epal sehari, benih dalam tiga epal adalah mencukupi B-17. Anda tidak akan makan satu paun biji epal.
Kedua, satu pic atau kernel aprikot per 10 paun berat badan dipercayai untuk menjadi lebih daripada mencukupi sebagai perlindungan biasa dalam pencegahan kanser, walaupun nombor yang tepat mungkin berbeza-beza dari seorang ke seorang mengikut metabolisme individu dan tabiat pemakanan. Seorang lelaki 170-lb, sebagai contoh, mungkin mengambil 17 aprikot atau pic biji sehari dan menerima jumlah biologi munasabah Vitamin B-17.
Dan dua nota penting: Sudah tentu, anda boleh mengambil terlalu banyak. Terlalu banyak biji atau benih, sebagai contoh, boleh dijangka akan menghasilkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Makanan semula jadi ini harus dimakan dalam jumlah yang rasional biologinya (tidak lebih daripada 30 hingga 35 biji sehari).
Kepekatan tinggi B-17 diperolehi dengan makan makanan semula jadi di peringkat mentah atau bercambah mereka. Ini tidak bermakna bahawa memasak dengan sederhana dan penyalahgunahan lain akan memusnahkan kandungan B-17. Makanan yang dimasak pada suhu yang mencukupi untuk makan malam Cina, misalnya, tidak akan kehilangan kandungan B-17 mereka

Sunday, 20 January 2013

Perkara Asas Dalam Kesihatan



Diet anti-kanser

Sesetengah daripada makanan berupaya untuk meningkatkan sel kanser. Mereka tidak secara terus mengakibatkan kanser, tetapi apabila sejenis kanser ditemui, makanan inilah yang sering ditemui dalam diet seorang mangsa kanser.

Berikut adalah senarai makanan yang harus dielakkan atau kurang pengambilannya:

  1. Daging merah :  Terhad hanya seminggu sekali.
  2. Daging yang diproses seperti sosej.
  3. Daging organ : Jantung,hati, otak dan sebagainya.
  4. Kulit ayam.
  5. Makanan bergoreng.
  6. Produk susu yang kaya lemak.
  7. Alkohol.
  8. Gula halus : Jangan tambah pada makanan.
  9. Garam.



Kelihatan seperti makanan harian kitakan? Jadi apa yang tinggal untuk kita untuk meneruskan kehidupan sekiranya makanan diatas harus dielak? Untuk kesihatan  kita, untuk pencegahan kanser dari badan kita dan tenaga pada peringkat maxima, saya mencadangkan pelan makanan dibawah:

  1. Ayam yang dibuang kulitnya.
  2. Ikan yang dibersihkan sekurangnya 3 kali seminggu : Keadaan ini merujuk kepada ikan yang terperap lama didalam peti sejuk.
  3. Produk susu rendah lemak : disarankan untuk mengambil produk yang menawarkan susu awal lembu (susu yang diminum oleh anak lembu).
  4. Makan banyak buah.
  5. Kesemua sayuran yang anda inginkan.
  6. Pasta.
  7. Bijian dan kacang : berhati-hati dengan kandungan lemak
  8. Air bersih
  9. Beberapa makanan tambahan yang dipilih.


Saturday, 19 January 2013

Khasiat Kunyit Hidup


Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula jadi yang hebat. Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri.  Akar atau rizom dan daunnya, adalah bahagian pokok kunyit yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penyediaan makanan. Secara umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini digunakan, ia akan direbus dan kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk. Curcumin, bahan aktif di dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E.
                                                   
Melalui pelbagai kajian juga telah mendapati bahawa kunyit juga turut mempunyai khasiat ubatan yang dikatakan mampu digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.  Sebagai contoh, kunyit telah digunakan dalam perubatan Ayurveda dan perubatan Cina sebagai antiradang, bagi merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit, dan juga luka-luka. Bukan itu sahaja, melalui penyelidikan juga telah mendapati bahawa kunyit juga mampu memberi khasiat berguna dalam rawatan penyakit daripada kanser sehinggalah kepada penyakit Alzheimer.
Dalam perubatan Ayurveda, ekstrak rizom(akar) yang telah dicampurkan dengan air panas digunakan sebagai minuman bagi mengurangkan masalah keradangan. Dalam perubatan ini juga kunyit dianggap sebagai herba ‘rasayana’. Untuk tujuan ini, kunyit digunakan untuk menghalang proses penuaan.
Negara Jerman telah mengiktiraf kunyit sebagai herba yang selamat untuk merawat masalah pencernaan. Bukan itu sahaja, dalam perubatan Yunani juga telah menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti demam kuning. Ia juga turut digunakan untuk kegunaan luar bagi merawat ulser dan keradangan. Kunyit yang telah dipanggang pula digunakan sebagai ramuan untuk merawat disenteri. Kunyit turut digunakan dalam serbuk atau ubat gigi.
Selain khasiat yang telah diceritakan ini, kunyit juga memiliki pelbagai kebaikan lain. Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dalam kunyit berguna dalam membersihkan luka. Dikatakan jika dicampurkan dengan kubis bunga, kunyit menunjukkan mampu mencegah kanser prostat dan menghentikan pembesaran kanser prostat yang wujud.
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal, dikatakan kunyit mampu mencegah kanser payudara daripada merebak ke organ paru-paru. Kunyit juga mampu mencegah dan memperlahankan peningkatan penyakit Alzheimer melalui cara membuang pembinaan plak amylod dalam otak.
Kunyit juga dikatakan mampu mencegah metastates muncul dalam kebanyakan bentuk kanser yang berbeza. Ia juga disebutkan mampu mengurangkan risiko leukemia ketika kanak-kanak. Tumbuhan ini turut mampu membantu dalam metabolisme lemak dan pengawalan berat badan. Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan.
Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non-steroidal.