Showing posts with label tembikai. Show all posts
Showing posts with label tembikai. Show all posts

Monday, 18 February 2013

Vitamin B17 Sebagai pencegahan


Vitamin B-17 adalah salah satu sumber utama makanan dalam budaya seperti orang Eskimo, Hunzas, Abkasians dan banyak lagi. Adakah anda tahu bahawa dalam puak-puak ini tidak pernah ada kes yang dilaporkan kanser? Menurut Dr Krebs, kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 mg vitamin B-17 (bersamaan kira-kira tujuh biji aprikot) terlalu hampir menjamin kehidupan yang bebas kanser. Makanan yang mengandungi vitamin B-17 adalah seperti berikut:
  • Biji atau Benih Buah: kepekatan tertinggi vitamin B-17 boleh didapati dalam alam semula jadi, selain dari badam pahit. Epal, aprikot, ceri, nectarine, pic, pear, plum, prun.
  • Kacang
  • Beri: Hampir kesemua jenis beri liar.
  • Benih: Chia, flaks, bijan.
  • Rumput: Acacia, alfalfa (tumbuh), akuatik, Johnson, milkweed, Sudan, tolak, gandum rumput, putih Dover.
  • Bijian: Groats oat, barli, beras perang, soba Groats, chia, flaks, sekoi, rai, vetch, beri gandum.
Dua peraturan praktikal: Menurut Dr Krebs, konsep asas adalah bahawa yang secukupnya setiap hari B-17 boleh diperolehi dengan mengikuti salah satu daripada dua cadangan:
Pertama, makan semua buah-buahan yang mengandungi B-17 keseluruhan (biji disertakan), tetapi tidak makan lebih daripada benih oleh diri mereka daripada apa yang anda akan makan jika anda makan mereka dalam sebiji buah. Contoh: jika anda makan tiga biji epal sehari, benih dalam tiga epal adalah mencukupi B-17. Anda tidak akan makan satu paun biji epal.
Kedua, satu pic atau kernel aprikot per 10 paun berat badan dipercayai untuk menjadi lebih daripada mencukupi sebagai perlindungan biasa dalam pencegahan kanser, walaupun nombor yang tepat mungkin berbeza-beza dari seorang ke seorang mengikut metabolisme individu dan tabiat pemakanan. Seorang lelaki 170-lb, sebagai contoh, mungkin mengambil 17 aprikot atau pic biji sehari dan menerima jumlah biologi munasabah Vitamin B-17.
Dan dua nota penting: Sudah tentu, anda boleh mengambil terlalu banyak. Terlalu banyak biji atau benih, sebagai contoh, boleh dijangka akan menghasilkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Makanan semula jadi ini harus dimakan dalam jumlah yang rasional biologinya (tidak lebih daripada 30 hingga 35 biji sehari).
Kepekatan tinggi B-17 diperolehi dengan makan makanan semula jadi di peringkat mentah atau bercambah mereka. Ini tidak bermakna bahawa memasak dengan sederhana dan penyalahgunahan lain akan memusnahkan kandungan B-17. Makanan yang dimasak pada suhu yang mencukupi untuk makan malam Cina, misalnya, tidak akan kehilangan kandungan B-17 mereka

Sunday, 11 November 2012

Senyum...



Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.

Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".


Fakta Kajian.

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.

Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.

Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum lebar' hidup sehingga umur 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.

Jadi kesimpulannya, apa sebenarnya kebaikan senyum ni??




Senyum mengurangkan sakit
Kajian mendapati, senyum membebaskan serotonin, penahan sakit semulajadi. Sebatian ini menjadikan kita berasa sihat, maka senyum merupakan ubat semulajadi untuk mengubat sebarang penyakit.


Senyum melegakan stres
Kita sering dengan kehidupan yang serba sibuk zaman nih. Maka cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stres datang, ambil sedikit masa dan cubalah ukir sebuah senyuman. Stres akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih bertenaga semula.


Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda, apabila kita senyum, tekanan darah kita akan turun. Jika anda ada alat mengukur tekanan darah di rumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda kemudian senyum. Kemudian cuba senyum dalam tempoh seminit. Ambil bacaan sekali lagi. Anda akan nampak perbezaannya.


Senyum menjadikan wajah awek muda
Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tak perlulah kita bersusah payah pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyum sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.


Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik pada orang yang wajahya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun, tanda mersa. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Jesteru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.


Senyum menukar mood kita
Dikala kita sedang berduka, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh menipu tubuh kita untuk membantu kita menukar mood menjadi lebih ceria.


Senyum akan berjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

Selamat bersenyum..!!! :)

Saturday, 10 November 2012

Jenis dan Khasiat Ikan

Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.
Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri. 

Todak (Swordfish)Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 

Ikan Sebelah (Halibut)Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan. 
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.


Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.


Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.


Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.

Friday, 9 November 2012

Khasiat Tembikai - Apa Yang Kita Tahu

Selain menghilangkan dahaga, tembikai memiliki pelbagai khasiat. Tembikai juga ada pelbagai bentuk. Ada yang tanpa biji,tembikai kuning, ada yang bulat dan ada yang bujur.Antara jenis-jenis tembikai ialah New Dragon, Hitam Manis,Little Boy, Red delicious dan Funbell.

Faedah kesihatan

  • Penghasilan tenaga 
  • Melindungi degenerasi makula 
  • Menghindari penyakit jantung 
  • Sarat dengan antioksidan 
  • Mengurangkan risiko kanser 
  • Mencegah disfungsi ereksi 
  • Sumber vitamin dan mineral yang baik


Penghasilan Tenaga

Tembikai banyak mengandungi vitamin B. Vitamin B bertanggung jawab untuk penghasilan tenaga yang banyak untuk tubuh anda.  Ini bererti makan tembikai boleh memberikan banyak tenaga. Ia juga mempunyai jumlah gizi pemberi tenaga yang tinggi- magnesium dan potassium. Makan tembikai adalah alternatif yang baik sebelum memulakan latihan.

Antioksidan 

Tembikai adalah sumber alami antioksidan paling baik kerana ia mengandungi vitamin C dan A yang tinggi. Antioksidan tembikai ini boleh membantu mencegah penyakit. Antaranya mengurangkan risiko kanser usus besar, asma, penyakit jantung, osteoperosis, rheumatoid arthritis, dan kanser prostat.

Setiap orang harus mengambil makanan yang mengandungi antioksidan. Ia banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. Ia juga terdiri  daripada vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan gizi lain.

Degenerasi makula 

Makan tembikai boleh melindungi anda daripada kesan negatif degenerasi makula. Degenerasi makula ialah kehilangan penglihatan. Kehilangan penglihatan berkait rapat dengan usia seseorang. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan tembikai sebenarnya lebih baik untuk mata daripada pengambilan lobak merah atau carrot.

Memerangi kanser

Lengkapkan tembikai ke dalam makanan anda boleh membantu mencegah dan melawan kanser. Ini  kerana profilnya yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan dari tembikai sangat tertumpu dan membunuh barah yang disebabkan oleh  radikal bebas. Ia membantu mencegah kanser hati dan usus besar.

Nutrien setiap hidangan

Vitamin A: 10%
Vitamin C: 25%
Vitamin B6: 10%
Vitamin B1: 10%
Magnesium: 7%
Kalium: 5%


Jadi, makanlah tembikai :)