Pengenalan kepada barah dan bagaimana cara untuk mengatasi apabila diri disahkan mengidap penyakit barah.
Showing posts with label cegah. Show all posts
Showing posts with label cegah. Show all posts
Wednesday, 2 May 2018
Keladi Tikus (Rodent Tuber)
alright guys. it been a long time since i last update the post. really sorry for the late. honestly i been working hard for all the years. a lot of cases about cancer. please be careful about your body. a lot of people doesn't even care about their-self. as we discuss before, cancer can be affect because of unbalance diet. as i lost in time, i did found something. our God doesn't create something without nothing. cancer may a disaster in our life. the shock it gave to us really makes us cruelty down. we became lost, doesn't care what happen at our surrounding. it because we lose hope in life. so many we want to do. but so little we can. just because the cancer. our world became crumble.
hey. don't lose hope yet. there is good and bad side to it. our Malay people always said, " setiap bala dan musibah ada hikmahnya". the good side about cancer was the spiritual. we can see the closest one became very caring about us. our family, friends all became concern about what happen to us. but its not that "sickness" doesn't have any cure. i've been travel and searching the possible cure for cancer. and i've shared all the knowledge with you.
"Keladi Tikus" what we Malaysian called or some may known it as Rodent Tuber. since the ancient time, people have been use the plant to cure the cancer. one of the famous Muslim scholar, Ibnu Sina have been use this in his medical practice. this plant doesn't known by many people. China people use the plant as herb for wind-phlegm, a sickness that can make patients cramp muscles and for patients that paralyze his tongues and faces.
i coincidentally known a botanist during i'm visiting one of my friends at the hospital because of cancer. he said, once there is one man ask him to planting the Rodent Tuber. because of his wife got cancer, he had no choice but to try. after a few trying he later saw a positive effect at his wife. not only the cancer cell was decrease but also the wife been more energy than before. add him, before, his wife doesn't have any appetite at all. of course dude!! with all the drugs and pains she goes. i'm gonna surprise if she still have an appetite to eat.
don't lose hope. there is always a hope to find. The God always with us. keep praying, trying and never give up with your life and people that care for yourself.
Saturday, 9 March 2013
21 Makanan yang Dapat Mencegah Kanser
1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah kanser . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah kanser seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri.
2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.
Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan kanser payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID.
3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.
Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan kanser seperti kanser payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga kanser buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk kanser jika dimakan berlebihan dan kerap.
4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI
Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.
5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.
Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.
6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.
Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan kanser , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.
7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.
Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.
8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.
9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.
Kenali tanda-tanda awal kanser dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar.
10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.
Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.
11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.
12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.
Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan kanser .
13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.
Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab kanser .
14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.
15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.
Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan kanser . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.
16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.
Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan kanser . Jangan makan mengikut hawa nafsu.
17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.
Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena kanser , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi kanser . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la..
18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.
Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat kanser kulit.
19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.
Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.
20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET.
Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.
21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL
Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.
Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab kanser .
Tuesday, 19 February 2013
Terapi metabolik dalam Kanser
Pengenalan
Dalam tahun-tahun baru-baru ini satu penilaian semula yang ketara sifat dan punca kanser telah berlaku. Kanser dahulunya dipercayai menjadi penyakit setempat, dicirikan oleh luka, biasanya dalam bentuk pertumbuhan, yang muncul di beberapa bahagian tertentu badan. Luka berpusat ini telah dianggap sebagai hasil aktiviti yang dihasilkan oleh ejen virus menyerang, karsinogenik atau beberapa bentuk trauma seperti tamparan.
Hari ini, terdapat suatu sabitan yang semakin meningkat di kalangan penyelidik dan doktor bahawa kanser adalah satu penyakit yang kompleks yang merupakan hasil akhir metabolisme terganggu (kimia badan). Ia adalah penyakit berbahaya yang melibatkan seluruh badan; sistem saraf, saluran penghadaman, pankreas, paru-paru, organ perkumuhan, sistem endokrin, dan mekanisme pertahanan keseluruhan. Perulangan kerap malignan selepas rawatan dengan kaedah konvensional pembedahan, radiasi dan / atau kemoterapi keputusan kerana punca metabolik asas yang asas kanser jarang dipertimbangkan dan seterusnya tetap tidak diperbetulkan.
Etiologi Kanser
Dalam tubuh manusia terdapat beribu-ribu sel yang ditangkap, semasa pembangunan, pada peringkat embrio. Sel-sel ini dipanggil sel mesenchymal, fibroblas, neoblasts, dan lain-lain fungsi utama mereka adalah pembaikan. Apabila tulang rosak, sel-sel ini mampu untuk mengubah ke dalam sel-sel tulang. Jika darah hilang, sel-sel yang sama mampu untuk mengubah ke dalam sel-sel darah. Mereka adalah benar-benar pluripotential dan boleh bertindak balas terhadap apa-apa bilangan rangsangan morphogenetic. Sel-sel yang sama, apabila tertakluk kepada karsinogen (penyebab kanser bahan kimia) berkembang menjadi sel-sel kanser. Setiap hari, setiap manusia, nombor besar embrio sel-sel normal menjadi berkanser. Mereka jarang, bagaimanapun, menjadi penyakit yang kita panggil kanser kerana sistem yang luar biasa dipanggil sistem imun. Fungsi sistem ini adalah untuk memusnahkan atau meneutralkan semua bahan asing di dalam badan. Apabila sel embrio menjadi sel kanser ia adalah, dari pandangan biokimia, asing kepada badan. Oleh itu, kami terus untuk kekal sihat kerana limfosit, makrofaj, dan komponen lain sistem imun mampu untuk meneutralkan atau memusnahkan sel-sel dan menghalang mereka menyebarkan dan pendaraban. Sel-sel kanser biasanya dimusnahkan oleh mekanisme pertahanan badan kita dalam masa beberapa jam.
Jika sistem imun, bagaimanapun, adalah lemah dari pemakanan yang buruk, pencemaran alam sekitar yang berlebihan atau berterusan tekanan yang melemahkan, sel-sel kanser adalah ceplosan dan akan membiak dengan cepat membentuk gejala "pertumbuhan" kanser. Sistem imun kita umumnya melemahkan dengan memajukan umur. Ini meningkatkan kemungkinan penyakit degeneratif metabolik yang berlaku. Salah satu objektif utama semua terapi metabolik adalah untuk memulihkan sistem imun badan dan untuk mengembalikannya kepada keadaan berfungsi sepenuhnya. Pencapaian matlamat ini membenarkan sistem imun untuk menghapuskan atau sebaliknya menafikan sel-sel kanser sebelum mereka boleh memulakan pertumbuhan invasif.
Pakar metabolik dan penyelidik percaya bahawa kita boleh kekal sihat jika kita membekalkan sel-sel individu badan dengan jumlah yang betul oksigen, nutrien, enzim, mineral, asid amino, dan lain-lain nutrien penting dari kedua-dua diet dan pemakanan tambahan. Sama penting adalah keupayaan badan untuk menghapuskan bahan buangan metabolisme selular melalui pergerakan usus yang betul, pernafasan yang cekap, perkumuhan normal, dan lain-lain Rawatan mesti disediakan yang akan membantu badan menyahtoksik dirinya dengan menghapuskan pencemar berbahaya. Ini, pada asasnya, adalah jantung terapi metabolik. Ia adalah satu program yang bermuka-muka yang menggabungkan pelbagai unsur-unsur yang berkaitan, setiap yang memainkan peranan penting dalam kejayaan terapi lengkap.
Sunday, 20 January 2013
Perkara Asas Dalam Kesihatan
Diet anti-kanser
Sesetengah daripada makanan berupaya untuk meningkatkan sel
kanser. Mereka tidak secara terus mengakibatkan kanser, tetapi apabila sejenis
kanser ditemui, makanan inilah yang sering ditemui dalam diet seorang mangsa
kanser.
Berikut adalah senarai makanan yang harus dielakkan atau
kurang pengambilannya:
- Daging merah : Terhad hanya seminggu sekali.
- Daging yang diproses seperti sosej.
- Daging organ : Jantung,hati, otak dan sebagainya.
- Kulit ayam.
- Makanan bergoreng.
- Produk susu yang kaya lemak.
- Alkohol.
- Gula halus : Jangan tambah pada makanan.
- Garam.
Kelihatan seperti makanan harian kitakan? Jadi apa yang
tinggal untuk kita untuk meneruskan kehidupan sekiranya makanan diatas harus
dielak? Untuk kesihatan kita, untuk
pencegahan kanser dari badan kita dan tenaga pada peringkat maxima, saya
mencadangkan pelan makanan dibawah:
- Ayam yang dibuang kulitnya.
- Ikan yang dibersihkan sekurangnya 3 kali seminggu : Keadaan ini merujuk kepada ikan yang terperap lama didalam peti sejuk.
- Produk susu rendah lemak : disarankan untuk mengambil produk yang menawarkan susu awal lembu (susu yang diminum oleh anak lembu).
- Makan banyak buah.
- Kesemua sayuran yang anda inginkan.
- Pasta.
- Bijian dan kacang : berhati-hati dengan kandungan lemak
- Air bersih
- Beberapa makanan tambahan yang dipilih.
Saturday, 19 January 2013
Khasiat Kunyit Hidup
Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula jadi yang
hebat. Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya
mempunyai peranan tersendiri. Akar atau
rizom dan daunnya, adalah bahagian pokok kunyit yang digunakan untuk tujuan
perubatan dan penyediaan makanan. Secara umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini
digunakan, ia akan direbus dan kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi
serbuk. Curcumin, bahan aktif di dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan
dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E.
Melalui pelbagai kajian juga telah mendapati bahawa kunyit
juga turut mempunyai khasiat ubatan yang dikatakan mampu digunakan untuk
merawat pelbagai masalah kesihatan. Sebagai contoh, kunyit telah digunakan dalam
perubatan Ayurveda dan perubatan Cina sebagai antiradang, bagi merawat masalah
pencernaan dan hati, penyakit kulit, dan juga luka-luka. Bukan itu sahaja,
melalui penyelidikan juga telah mendapati bahawa kunyit juga mampu memberi
khasiat berguna dalam rawatan penyakit daripada kanser sehinggalah kepada
penyakit Alzheimer.
Dalam perubatan Ayurveda, ekstrak rizom(akar) yang telah
dicampurkan dengan air panas digunakan sebagai minuman bagi mengurangkan
masalah keradangan. Dalam perubatan ini juga kunyit dianggap sebagai herba
‘rasayana’. Untuk tujuan ini, kunyit digunakan untuk menghalang proses penuaan.
Negara Jerman telah mengiktiraf kunyit sebagai herba yang
selamat untuk merawat masalah pencernaan. Bukan itu sahaja, dalam perubatan
Yunani juga telah menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan
seperti demam kuning. Ia juga turut digunakan untuk kegunaan luar bagi merawat
ulser dan keradangan. Kunyit yang telah dipanggang pula digunakan sebagai
ramuan untuk merawat disenteri. Kunyit turut digunakan dalam serbuk atau ubat
gigi.
Selain khasiat yang telah diceritakan ini, kunyit juga
memiliki pelbagai kebaikan lain. Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi
dalam kunyit berguna dalam membersihkan luka. Dikatakan jika dicampurkan dengan
kubis bunga, kunyit menunjukkan mampu mencegah kanser prostat dan menghentikan
pembesaran kanser prostat yang wujud.
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal,
dikatakan kunyit mampu mencegah kanser payudara daripada merebak ke organ
paru-paru. Kunyit juga mampu mencegah dan memperlahankan peningkatan penyakit
Alzheimer melalui cara membuang pembinaan plak amylod dalam otak.
Kunyit juga dikatakan mampu mencegah metastates muncul dalam
kebanyakan bentuk kanser yang berbeza. Ia juga disebutkan mampu mengurangkan
risiko leukemia ketika kanak-kanak. Tumbuhan ini turut mampu membantu dalam
metabolisme lemak dan pengawalan berat badan. Dalam perubatan Cina, kunyit
telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan.
Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu
terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci
darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran
darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit
digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan
pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati,
membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan
dan non-steroidal.
Friday, 28 December 2012
BANTUAN PRAKTIKAL UNTUK MENGURANGKAN STRESS
Adoi.. sekian lama menghilang hari ni, Man nak bagi tips la sikit.. Man bukan suka-suka menghilang tapi mencari ilham.. Man nak tanya sikit la kat sini sape yang selalu stress?? Haa.. sebab ni pon blog untuk kanser jadi Man pun bagi la tips ni untuk orang kanser dan orang yang nak mencegah daripada bahaya kanser.
Bila kita dapat tahu kita salah satu pesakit kanser, Man yakin mesti banyak tekanan yang berlaku dalam kehidupan kita. Dah la kanser, kena pulak bos tempat kerja kita push kita lagi. Fuh!! memang bertambah pressure dia. Man dapat tahu bahawa tekanan adalah salah satu daripada punca berlakunya kanser ni. Info ni, bagi yang tak mahu dekat langsung dengan bahaya kanser ni, Man sarankan supaya elak-elakkan la daripada tekanan..
Bagi yang pesakit kanser pulak, nasihat Man supaya jangan layan perasaan tekanan tu sangat. Tekanan ni membawa kepada gangguan emosi, bila emosi kita kacau secara langsung kita hilang semangat untuk berusaha untuk hidup. Berfikiran positiflah.
Jika anda memerlukan bantuan dalam
mendapatkan pengedalian pada tekanan, izinkan Man cadangkan beberapa langkah
mudah untuk anda bermula.
- · Imbas cara anda melihat tekanan. Bekerja untuk menukar persepsi negatif kepada yang positif. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk melihat menjaga ibu bapa yang sakit sebagai satu penghormatan, bukannya pekerjaan yang membosankan setiap hari. Atau anda mungkin melihat membaiki hubungan yang sukar sebagai peluang untuk memulihkan sesuatu yang penting.
- · Berbincang dengan rakan-rakan tentang tekanan anda. Kehangatan dan simpati mereka akan membolehkan anda untuk berehat dan berdepan, dan cadangan mereka boleh membantu anda membuat perubahan positif.
- · Dedikasi sejam setiap hari untuk bersantai dan penjagaan diri. Ini mungkin masa mengambil mandian buih yang mewah, membaca hanya untuk keseronokan, berbaring di depan api yang selesa, berjalan-jalan, atau menggunakan hadiah kreatif anda. Apa sahaja yang anda lakukan, pastikan masa ini adalah benar-benar untuk anda: menjawab e-mel, membuat makan tengah hari keesokan harinya, dan mencuci kereta tidak dikira.
- · Makan makanan berkhasiat, dan mendapat banyak rehat. Makanan dan tidur harus tidak boleh dirunding; mereka penting bagi kedua-dua kesihatan fizikal dan kesejahteraan emosi anda. Hidupkan penyediaan makanan ke dalam bahagian yang menyeronokkan pada hari anda dengan bermain CD kegemaran anda dan melibatkan rakan-rakan dan keluarga dalam mewujudkan makanan dan jus segar.
- · Rancang percutian untuk melarikan diri dari tekanan. Melakukan apa yang anda menikmati, sama ada ianya bersiar-siar, berjalan di pantai, atau bermain golf. Gunakan masa bercuti untuk melarikan diri dari masalah anda dan mencari semula diri anda yang santai. Anda akan lebih mampu untuk membuat perubahan kehidupan apabila anda pulang.
- · Ambil satu hobi baru yang menyeronokkan yang anda sentiasa mahu untuk meneroka. Ambil kelas Pilates, atau menyertai kelab berkebun.Belajar kemahiran baru, seperti bercakap Perancis, memasak makanan Vietnam, atau melukis.
- · Bermain dengan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk menambat hati kita pada masa kini dan mengajar kita kegembiraan dalam perkara-perkara kecil dalam kehidupan.Dan ia begitu memuaskan untuk membawa kebahagiaan kepada kanak-kanak kecil, sama ada anda sedang bermain mengejar, atau mengayunkan sahabat kecil anda.
Ni semua pendapat Man sahaja, apa yang Man lihat, Man dengar.. Man catatkan.. Ingat.. Tak Stress lagi ye!! Amalkan kehidupan yang sihat..
Labels:
amalan,
anti penuaan,
apricot seed,
biji aprikot,
cegah,
darah tinggi,
emosi,
gangguan,
kanser,
khasiat,
payudara,
stress,
tekanan
Sunday, 25 November 2012
8 makanan baik untuk kesihatan Si Kacak
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Kaum lelaki ni kalau dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Bak kata bidalan orang melayu lama, "tolak batu dengan kayu, yang lain semua depa mentekedarah." Sebab tu la kot kita akan tengok banyak kaum lelaki kat bumi Malaysia ni sihat walafiat dengan perutnya maju ke hadapan.....HaHaHa....Melantak punya la banyak tapi kalau bab bersenam bukan main malas. memang tak boleh blah!
Sebetulnya banyak makanan kesihatan untuk kaum lelaki ni. Cuma terpulang pada kita sama ada nak ambil ia sebagai diet dan amalkannya atau tidak.
Berikut merupakan antara makanan kegemaran Rasululah SAW. Sesuai untuk dijadikan panduan dan pedoman kepada semua Si Kacak dalam membuat pilihan makanan.
1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan). Abg long kalau pi kedai suka juga order barli panas. Memang best. Tapi kalau nak lagi best, boleh cuba try test barli limau panas. Bagi yang suka minuman sejk boleh je order ais. Tapi perlu ingat, ais tak elok untuk kesihatan. Kalau nak hitung khasiat barli ni memang banyak.
2. Buah delima
Baik untuk kecergasan otak dan mengukuhkan daya ingatan. Juga merupakan makanan kegemaran Rasululllah SAW.
Manfaat buah tin ini sangat banyak untuk kesihatan kerana di dalamnya terkandung berbagai nutrisi dan gizi yang baik untuk kesihatan.
Kaum lelaki ni kalau dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Bak kata bidalan orang melayu lama, "tolak batu dengan kayu, yang lain semua depa mentekedarah." Sebab tu la kot kita akan tengok banyak kaum lelaki kat bumi Malaysia ni sihat walafiat dengan perutnya maju ke hadapan.....HaHaHa....Melantak punya la banyak tapi kalau bab bersenam bukan main malas. memang tak boleh blah!
Sebetulnya banyak makanan kesihatan untuk kaum lelaki ni. Cuma terpulang pada kita sama ada nak ambil ia sebagai diet dan amalkannya atau tidak.
Berikut merupakan antara makanan kegemaran Rasululah SAW. Sesuai untuk dijadikan panduan dan pedoman kepada semua Si Kacak dalam membuat pilihan makanan.

1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan). Abg long kalau pi kedai suka juga order barli panas. Memang best. Tapi kalau nak lagi best, boleh cuba try test barli limau panas. Bagi yang suka minuman sejk boleh je order ais. Tapi perlu ingat, ais tak elok untuk kesihatan. Kalau nak hitung khasiat barli ni memang banyak.
2. Buah delima
Baik untuk kecergasan otak dan mengukuhkan daya ingatan. Juga merupakan makanan kegemaran Rasululllah SAW.
3. Buah TinNabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Manfaat buah tin ini sangat banyak untuk kesihatan kerana di dalamnya terkandung berbagai nutrisi dan gizi yang baik untuk kesihatan.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
4. Buah Kurma
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“Hadis riwayat Ahmad
5. Buah Anggur
Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. Anggur yang mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
6. Madu
Dikatakan makanan segala makanan. Minuman segala minuman. Ubat segala ubat.
Rasulullaah SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
7. Susu
Baik untuk membuang panas badan. Ianya juga dapat menguatkan bahagian belakang badan serta memperbaiki otak dan pandangan mata.
8. Air
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
Dan...kesemua senarai makanan ni bukan sahaja untuk diamalkan oleh Si Kacak semata tetapi ia juga boleh diamalkan pengambilannya oleh Si Cantik.
Kita tahu apa yang Rasulullah SAW suka itulah yang terbaik. Tapi kita ja buat-buat tak tahu dan tak mahu ambil peduli.
Subscribe to:
Posts (Atom)




