Sunday 20 January 2013

Perkara Asas Dalam Kesihatan



Diet anti-kanser

Sesetengah daripada makanan berupaya untuk meningkatkan sel kanser. Mereka tidak secara terus mengakibatkan kanser, tetapi apabila sejenis kanser ditemui, makanan inilah yang sering ditemui dalam diet seorang mangsa kanser.

Berikut adalah senarai makanan yang harus dielakkan atau kurang pengambilannya:

  1. Daging merah :  Terhad hanya seminggu sekali.
  2. Daging yang diproses seperti sosej.
  3. Daging organ : Jantung,hati, otak dan sebagainya.
  4. Kulit ayam.
  5. Makanan bergoreng.
  6. Produk susu yang kaya lemak.
  7. Alkohol.
  8. Gula halus : Jangan tambah pada makanan.
  9. Garam.



Kelihatan seperti makanan harian kitakan? Jadi apa yang tinggal untuk kita untuk meneruskan kehidupan sekiranya makanan diatas harus dielak? Untuk kesihatan  kita, untuk pencegahan kanser dari badan kita dan tenaga pada peringkat maxima, saya mencadangkan pelan makanan dibawah:

  1. Ayam yang dibuang kulitnya.
  2. Ikan yang dibersihkan sekurangnya 3 kali seminggu : Keadaan ini merujuk kepada ikan yang terperap lama didalam peti sejuk.
  3. Produk susu rendah lemak : disarankan untuk mengambil produk yang menawarkan susu awal lembu (susu yang diminum oleh anak lembu).
  4. Makan banyak buah.
  5. Kesemua sayuran yang anda inginkan.
  6. Pasta.
  7. Bijian dan kacang : berhati-hati dengan kandungan lemak
  8. Air bersih
  9. Beberapa makanan tambahan yang dipilih.


Saturday 19 January 2013

Khasiat Kunyit Hidup


Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula jadi yang hebat. Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri.  Akar atau rizom dan daunnya, adalah bahagian pokok kunyit yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penyediaan makanan. Secara umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini digunakan, ia akan direbus dan kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk. Curcumin, bahan aktif di dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E.
                                                   
Melalui pelbagai kajian juga telah mendapati bahawa kunyit juga turut mempunyai khasiat ubatan yang dikatakan mampu digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.  Sebagai contoh, kunyit telah digunakan dalam perubatan Ayurveda dan perubatan Cina sebagai antiradang, bagi merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit, dan juga luka-luka. Bukan itu sahaja, melalui penyelidikan juga telah mendapati bahawa kunyit juga mampu memberi khasiat berguna dalam rawatan penyakit daripada kanser sehinggalah kepada penyakit Alzheimer.
Dalam perubatan Ayurveda, ekstrak rizom(akar) yang telah dicampurkan dengan air panas digunakan sebagai minuman bagi mengurangkan masalah keradangan. Dalam perubatan ini juga kunyit dianggap sebagai herba ‘rasayana’. Untuk tujuan ini, kunyit digunakan untuk menghalang proses penuaan.
Negara Jerman telah mengiktiraf kunyit sebagai herba yang selamat untuk merawat masalah pencernaan. Bukan itu sahaja, dalam perubatan Yunani juga telah menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti demam kuning. Ia juga turut digunakan untuk kegunaan luar bagi merawat ulser dan keradangan. Kunyit yang telah dipanggang pula digunakan sebagai ramuan untuk merawat disenteri. Kunyit turut digunakan dalam serbuk atau ubat gigi.
Selain khasiat yang telah diceritakan ini, kunyit juga memiliki pelbagai kebaikan lain. Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dalam kunyit berguna dalam membersihkan luka. Dikatakan jika dicampurkan dengan kubis bunga, kunyit menunjukkan mampu mencegah kanser prostat dan menghentikan pembesaran kanser prostat yang wujud.
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal, dikatakan kunyit mampu mencegah kanser payudara daripada merebak ke organ paru-paru. Kunyit juga mampu mencegah dan memperlahankan peningkatan penyakit Alzheimer melalui cara membuang pembinaan plak amylod dalam otak.
Kunyit juga dikatakan mampu mencegah metastates muncul dalam kebanyakan bentuk kanser yang berbeza. Ia juga disebutkan mampu mengurangkan risiko leukemia ketika kanak-kanak. Tumbuhan ini turut mampu membantu dalam metabolisme lemak dan pengawalan berat badan. Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan.
Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non-steroidal.