Pelbagai perkara akan berubah apabila diagnosis kanser
payudara diketahui. Ini mungkin pengalaman anda dengan doctor, hospital dan
teknologi perubatan yang canggih. Dan semuanya akan nampak janggal bagi anda.
Aspek emosi dalam kanser payudara.
Menghidap kanser akan mempengaruhi emosi dan keadaan fizikal
anda. Anda mempunyai cara tersendiri untuk menangani kanser sama seperti anda
mengendalikan hidup sendiri.
Anda mungkin akan berasa untuk marah, kecewa, keliru atau
sedih. Kadang-kadang perasaan anda juga akan meluap-luap, tapi perlu diingatkan
bahawa perasaan ini adalah sebahagian daripada diri anda. Setiap orang adalah
unik dan gerak balas serta tempoh pemulihan berbeza.
Diagnosis dan rawatan
Lumpektomi.
Mungkin anda telah mendengar tentang pelbagai nama yang
merujuk kepada pembedahandan di antaranya ialah lumpektomi atau pembuangan ketulan atau penyingkiran
sebahagian dari payudara dan bukannya keseluruhan.
Diagnosis kanser payudara boleh berlaku dengan cepat. Anda
mungkin berasa bahawa anda tidak punyai masa untuk bersedia dengannya.
Kajian telah menyatakan bahawa bagi semua kanser payudara
peluang untuk hidup adalah samauntuk pesakit yang menjalani lumpektomi,
radioterapi mahupun mastektomi. Berbincanglah dengan doctor dan buat keputusan
berdasarkan maklumat yang telah diberikan.
Radioterapi (sinaran terapi)
Selepas menjalani lumpektomi, seorang wanita akan melakukan
radioterapi hamper setiap kali. Bertemu pakar radiologi terlebih awal untuk
mendapatkan jawapan bagi segala kemusykilan anda dan untuk memastikan agar
langkah seterusnya bersesuaian.
Melakukan rawatan ini dapat mengurangkan kemungkinan kanser
terjadi semula pada payudara. Lazimnya ia berlanjutan selama lima hingga tujuh
minggu, lima hari seminggu. Rawatan lazimnya ditetapkan pada masa yang sama
setiap hari.
Kulit anda mungkin kering sedikit akibatdaripa penyinaran
pada kawasan payudara dan lazimnya ia tidak menyakitkan. Kulit anda juga
mungkin akan gatal-gatal, bengkak sedikitdan gelap sedikit. Kesan sampingan
yang lazim ialah anda akan berasa lesu. Kesan sampingan ini hanya sementara dan
mungkin berkurang setelah rawatan tamat.
Bertanya kepada pakar onkologi anda bagaimana cara basuh
yang sesuai pada kawasan tersebut. Selalunya pesakit disarankan menggunakan
sabun berlemak yang tidak mengeringkan kulit, dan tidak menggosok kawasan
tersebut. Namun digalakkan untuk menggunakan deodorant dan sabun tulen kerana
ia mungkin akan mengeringkan kulit anda. Elakkan kawasan rawatan daripada
sumber haba seperti botol panas ataupun lapik pemanas.
Kesan sampinga paling lazim ialah keletihan yang kemungkinan
akan berterusan selama beberapa minggu
selepas radioterapi tamat. Pada waktu ini kurangkan stress dengan banyak berehat
sebanyak mungkin dan makan makanan yang seimbang.
Berhati-hati agar tidak terdedah dengan cahaya matahari.
Selama enam bulan selepas rawatan, gunakan krim pelindung matahari tahap SPF
atau lebih tinggi untuk melindungi kawasan yang terkena sinaran akibat
radioterapi.
Pembentukan semula payudara
Tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada payudara anda
selepas dari menjalani lumpektomi dan radioterapi. Jika terdapat perbezaan,
maka pembentukan semula payudara dapat dilakukan.
Kimoterapi.
Kimoterapi merawat seluruh tubuh. Keputusan menjalani
kimoterapi ini bergantung berdasarkan beberapa factor seperti penglihatan nodus
limfa, saiz tumor dan reseptor hormone.
Kimoterapi yang diberikan oleh pakar terdiri daripada
gabungan ubat yang memusnahkan sel kanser yang mungkin telah merebak ke
bahagian tubuh yang lain. Kajian telah memastikan bahawa gabungan ubat
kimoterapi lebih berkesan daripada ubat tunggal. Berikut adalah bebebrapa
gabungan ubat yang lazim digunakan:
v
CMF: cyclophosphamide, methotrexate dan
5-flourouracil
v
FAC dan FEC: 5-flourouracil, Adriamycin atau
epirubicin dan cyclophosphamide.
Walaupun kimoterapi mempunyai kesan sampingan, faedah jangka
masa panjang lazimnya dapat mengatasi sebarang kerumitan yang mungkin anda
alami. Kesan sampingan tidak di alami oleh kesemua wanita. Beberapa kesan
sampingannya ialah, loya, muntah-muntah, keguguran rambut sementara, bilangan
sel darah rendah dan putus haid yang agak awal. Namun pakar onkologi dapat
memberikan ubat lain kepada anda yang dapat membantu mengurangkan rasa loya dan
muntah-muntah serta memulihkan bilangan sel darah anda.
Rambut gugur
Anda mungkin perlu bersiap-sedia dengan rambut palsu bagi
menghadapi keguguran rambut akibat daripada rawatan kimoterapi. Rambut palsu
sintetik mempunyai bentuk yang kekal dan boleh dipotong, dinipiskan ayau
didandan untuk kesesuaian anda. Rambut itu juga mudah dibasuh dan dikeringkan.
Ikut arahan untuk menjaga rambut tersebut dan harus diingatkan bahawa haba yang
tinggi mampu merosakkan rambut palsu anda.
Masalah penjagaan mulut.
Kimoterapi boleh mengurangkan daya tahan tubuh terhadap
kuman. Mulut mengandungi bakteria yang banyak, maka sebab itu menjaga
kebersihan mulut amatlah penting. Penjagaan gigi dengan betul dapat menghindar
jangkitan pada gusi dan tisu yang lain akibat permukaan gigi yang kasar,
tampalan gigi yang sompek, tatar atau pemakaian gigi palsu yang tidak sesuai.
Pemeriksaan filem x-ray yang menyeluruh amat disyorkan sebelum melakukan
rawatan kimoterapi.
Sejenis radang tisu mulut yang kadangkala terjadi akibat
kimoterapi digelar sebagai stomatitis. Ini mungkin menyakitkan dan akan
menggangu penjagaan gigi setiap hari. Malah ia turut akan menyebabkab pesakit
sukar untuk makan.apabila masalah ini berlak, kimoterapi mungkin dikurang atau
dihentikan seketika. Jika terdapat sebarang masalah, beritahu doctor dan minta
nasihat daripada doctor tersebut.
Bilangan sel darah yang rendah.
Kebanyakkan ubat kimoterapi akan menjejaskan tulang sum-sum
dengan mengurangkan keupayaan untuk menghasilkan sel darah merah, sel darah
putih dan platelet. Sel darah merah bertugas sebagai pembawa oksigen ke suluruh
tubuh dan apabila sel ini berkurang anemia akan berlaku. Kesan daripada anemia
ialah anda akan berasa letih, pitam dan sesak nafas.
Sel darah putih pula berperanan melawan jangkitan dan
sekiranya ia berkurangan, kemungkinan besar anda berisiko tinggi untuk mendapat
jangkitan. Platete membantu membekukan darah. Bilangan platete yang rendah
risiko untuk mengalami pendarahan dan lebam-lebam adalah besar.
Sekiranya bilangan platete rendah, elakkan daripada berada
di khalayak ramai dan juga orang mengalami jangkitan selsema. Sentiasa basuh
tangan pada waktu siang terutama sebelum makan dan selepas menggunakan bilik
air. Pihak rawatan akan memberikan arahan yang lain untuk melindungi anda dari
terkena jangkitan.
Gejala yang akan anda hadapi sekiranya anda terkena
jangkitan:
v
Deman panas melebihi 38 darjah
v
Seram sejuk
v
Berpeluh
v
Terasa pedih semasa kencing
v
Batuk atau sakit tekak atau berak cair
Sekiranya gejala diatas muncul pada anda, maka anda
hendaklah memberitahu doctor atau jururawat dengan segera.
Anda juga disarankan untuk mengelak kegiatan yang boleh
mendatangkan kecederaan. Namun sekiranya anda mengalami lebam / bintik-bintik
merah dibawah kulit / pendarahan (pendarahan gusi dan hidung) segera
memberitahu doctor anda.
Terapi hormone
Rawatan ini lazimnya diberikan kepada wanita yang mempunyai
reseptor hormone positif. Ia menghentikan pertumbuhan sel kanser payudara yang
mungkin masih berada di dalam tubuh selepas pembedahan.
Kebanyakkan orang, menunjukkan sedikit kesan sampingan
antara kesan sampingan akibat rawatan ini:
v
Loya
v
Peningkatan berat badan
v
Lelehan faraj atau kekeringan faraj
Bagi wanita muda pula:
v
Putus haid
v
Rasa panas yang tak menentu
v
Banyak berpeluh
Ujian klinikal
Ramai penghidap kanser tidak mengetahui bahawa mereka boleh
menyertai ujian klinikal. Kaedah ini,menguji rawatan baru dan menjanjikan
penjagaan terkini kepada pesakit. Ujian ini memberi pesakit mencuba rawatan
baru sebelum ianya digunakan secara
meluas. Namun ramai yang tidak berani mencuba rawatan ini kerana beranggapan
bahawa mereka ialah “tikus makmal”. Penyertaan dalam ujian ini memastikan anda
akan menerima terapi semasa dan paling terkini pada masa sekarang.
Terapi sampingan
Ramai di kalangan wanita menggunakan terapi sampingan
selepas mengetahui diagnosis kanser payudara. Ia membantu untuk mengekalkan
kesihatan secara am tanpa menjejaskan keadaan kanser. Dan ia juga mungkin akan
mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser dan meningkatkan kualiti hidup.
Antara kaedah sampingan yang seringkali meningkatkan kualiti semasa kanser
ialah, pengurangan stress, pengekalan kuailiti makanan, doa, urut, bertakafur,
akupuntur, kaunseling tentang pemakanan, akupuntur dan xi gong.