Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Islam dan Kesihatan

Islam itu indah sekiranya kita dapat menghayati segala maksud yang tersirat sebagaimana sunnah Rasulullah S.A.W.. Kita sedia maklum, bahawa setiap perbuatan baginda mempunyai agenda yang tersendiri. Antaranya ialah baginda mengamalkan meminum segelas minuman sejuk pada setiap pagi. Tujuan baginda berbuat demikian adalah untuk mengelak daripada terkena penyakit atau menyukarkan diri daripada mendapat penyakit.



Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh sebagaimana Islam itu menjaga jiwa dan akal manusia. Inilah keindahan Islam yang patut kita hayati kerana kita disuruh untuk  menjaga kesihatan diri kerana tubuh yang sihat merupakan anugerah yang berharga daripada Allah.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

   "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Islam telah meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang tinggi selepas iman. Ini telah diperjelaskan melalui sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

   "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman)." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Berikut merupakan amalan untuk menjaga kesihatan yang menjadi peganggan nabi kita:

  • Ketika menunaikan solat subuh kita disunatkan untuk bertakafur (sujud seketika selepas membaca doa). Para saintis telah membuat kajian mengenai perbuatan sujud di dalam solat yang kita lakukan. Mereka menemui suatu ruang udara yang kecil di dalam saluran darah pada kepala kita yang tidak dipenuhi dengan darah. Melalui perbuatan sujud, darah akan dapat mengalir masuk ke ruang tersebut. ianya dapat mengelak daripada pening atau migrain.
  • Perbuatan mandi pagi sebelum subuh atau sebelum matahari terbit dapat mengurangkan lemak di dalam badan.
  • Nabi mengajar kita untuk makan dengan menggunakan tangan dan menjilat jari kita sesudah selesai menjamu selera. Perbuatan ini turut dikaji oleh para saintis dan mereka menjumpai bahawa terdapat banyak enzim (sejenis alat pencernaan makanan) yang terkandung dicelah jari-jemari kita, suatu enzim yang 10 kali ganda terdapat di dalam air liur.
  • Rasulullah S.A.W. menegah kita untuk makan makanan laut bersama makanan darat. Para pengkaji telah mendapati dimana makanan barat mengandungi ion positif manakala makanan laut mengandungi ion negatif. Sekiranya keduan jenis makanan ini dicampurkan maka suatu tindak balas kimia yang terhasil dapat merosakkan usus kita.
Namun sebagai peringatan kita, kadang-kala kita telah di uji dengan kesakitan walaupun kita berusaha menjaga kesihatan. Wasiat baginda, Rasulullah S.A.W. kepada para pesakit supaya mereka berubat yang bermaksud:

   "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada baginda dan mereka bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?" Maka sabda Nabi: "Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja." Maka mereka bertanya,"apakah penyakit itu?" Sabda Nabi : "Penyakit itu ialah 'tua'." (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis diatas menggesa suapaya kita mengkaji dan berusaha mencari penawar dan ubat bagi setiap penyakit yang kita alami. Sekiranya tidak tahu jalan mana yang perlu dilalui, bertanyalah kepada pakar perubatan mengenai penawarnya sebagaimana sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:

   "Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkaitan dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku." (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Friday, 15 March 2013

Daun Belalai Gajah

As salam buat pembaca blog Kanser dan Cegah. Terlebih dulu terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca setiap info yang terdapat di dalam blog ini.

Pernah dengar tentang daun belalai gajah?? Ianya lebih dikenali sebagai Sabah Snake Grass. Tumbuhan ni memang dah lama orang tahu khasiatnya. Malahan amat digemari oleh golongan Cina. Tapi ada juga yang tak tahu dan tak pernah dengar nama tersebut.

Ok.. Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum pernah tahu tentang khasiat daun belalai gajah ni, tumbuhan ini dipercayai dan terbukti mampu untuk membantu masalah kesihatan seperti kanser, masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, kolestrol, membuang toksin dalam badan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang masih sihat tetapi ingin menjaga kesihatan diri memang digalakkan untuk mengambil tumbuhan ini sebagai makanan sampingan. Yang dah sakit tu memang lagi digalakkan untuk kebaikkan bersama. Namun pada hari ini, ianya merupakan berita baik bagi setiap pesakit kanser, kerana dengan menjadikan tumbuhan herba ini sebagai makanan sampingan ianya mampu untuk membantu diri anda kekal sihat disamping mencegah daripada berulangnya kanser dan menghindar penyakit yang lain.

Bagi memudahkan anda untuk mencari, saya turut sertakan produk daripada herba ini.



Kebaikan Ekstrak Sabah Snake Grass (SSG) Daun Belalai Gajah Pada :
>> Individu Sihat
>> Lelaki berusia 40 ke atas
>> Wanita berusia 45 ke atas
>> Warga Emas
>> Bekas Pesakit Kanser
>> Perokok
>> Peminum Alkohol/Arak
>> Pesakit Diabetes/Kencing Manis

1. Membantu masalah kolesterol dalam darah
2. Membantu meneutralkan URIC ACID dalam darah
3. Membantu masalah darah cair
4. Membantu masalah Hematoma
5. Melembutkan urat bagi masalah sendi terseliuh atau urat lari/salah urat
6. Agen yang baik bagi masalah rheumatism (masalah sendi)
7. Membantu mengurangkan masalah sembelit berdarah
8. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah & terbaik untuk pesakit kencing manis
9. Membantu masalah senggugut pada wanita
10. Membantu masalah sakit kuning (jaundice)
11. Membantu mempercepatkan pemulihan tulang yang retak
12. Membantu mengurangkan kesakitan masalah komplikasi gigi (sakit gigi) & sebagai agen bunuh kuman di mulut. Bancuh dan kumur sebagai amalan
13. Bertindak sebagai agen bunuh radikal bebas dalam darah
14. Mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi
15. Baik sebagai agen membantu menstabilkan masalah varicella-zoster virus infection (ala2 chicken pox)
16. Baik sebagai agen kecutkan ulcer mulut (sakit mata ikan)


Untuk sebarang tempahan (Ekstrak Sabah Snake Grass) dan pertanyaan anda boleh menghubungi talian yang tertera.

  1. No. Tel : 011-11911937 (SMS dan Wassap shj,)
  2. E-mail : zero20joke@gmail.com / jokeman28@gmail.com