Showing posts with label durian belanda. Show all posts
Showing posts with label durian belanda. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

Durian Belanda, Kegunaannya pada masyarakat luar

Di Peru, penduduk di banjaran Andes telah menggunakan daun durian belanda ini sebagai serbuk teh bagi mengubati sakit kerongkong. Biji durian belanda ini pula ditumbuk halus bertujuan untuk membunuh parasit seperti cacing dalam tubuh manusia.

Penduduk Amazon pula mengambil akar, kulit dan daunnya sebagai penawar kencing manis.

Suku asli Guyana turut menjadikan serbuk teh dengan menggunakan daun dan kulit pokok untuk dijadikan sebagai tonik minuman untuk masalah jantung dan penyakit hati. Minyak daripada daun atau buahnya yang masih muda yang kemudiannya dicampurkan bersama minyak zaitun dijadikan untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sendi dan sengal-sengal badan. Khusus untuk warga ibu yang baru melahirkan anak, suku ini juga menggalakkan untuk meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping untuk menghindari ketegangan.

Haiti, Jamaica dan India Barat, menjadikan buah dan air perahan durian belanda (minum) sebagai ubat demam dan membunuh cacing. Kulit buah durian belanda turut digunakan untuk mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak.

Perubatan moden telah mendapati melalui pelbagai kajian yang dilakukan bahawa bahan yang terkandung dalam buah durian belanda mampu digunakan sebagai anti (bakteria, kanser, tumor, astrigen dan penyakit saraf). 

Kajian Sains Mengenai Durian Belanda

Buah durian belanda ni, berbeza dengan buah durian yang menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia. Durinya agak lembut dan tidak berbau seperti durian biasa yang keras dan punyai bau yang begitu kuat.



Menurut satu kajian tertutup pengusaha ubatan dunia mendapati bahawa durian belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang menakjubkan dengan 10 ribu kali ganda lebih kuat daripada kimoterapi.

Buah durian belanda ini telah terbukti sebagai anti kanser yang sangat hebat dan mampu untuk menyembuhkan segala jenis kanser. Khasiatnya juga mampu untuk melawan bakteria, fungus, parasit dan cacing. Dan bukan itu sahaja, buah ini juga mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi, stress dan menornalkan sistem saraf yang kurang baik.

Institut Sains Kesihatan Amerika telah mendapati bahawa pokok dan buahnya mampu untuk:

  1. Menyerang sel kanser secara berkesan dan semulajadi TANPA rasa mual, penurunan berat badan, keguguran rambut sebagaimana yang berlaku akibat kesan sampingan kimoterapi.
  2. Meningkatkan sistem imun tubuh dan mencegah daripada berlakunya jangkitan.
  3. Mampu untuk menambah tenaga dan penampilan fizikal menjadi semakin baik.

Sebuah farmasi yang terbesar di Amerika turut menguji kehebatan Durian belanda ini pada lebih dari 20 makmal miliknya sejak tahun 1970-an hingga pada tahun berikutnya. Hasil daripada kajian ekstrak(sari) buah ni:
  1. Berkesan membunuh sel jahat daripada 12 jenis kanser yang berbeza. Antaranya, kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser pankreas.
  2. Berkesan 10 ribu kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser jika dibandingkan dengan Adriamycin dan kimoterapi.
  3. Berbanding dengan rawatan kimoterapi, ekstrak durian belanda hanya memburu dan membunuh sel-sel yang tidak elok secara efektif dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat/baik.
Hasil daripada kajian ini telah mengejutkan para penyelidik dari Institut Sains Kesihatan apabila mendengar keajaiban durian belanda. Ianya telah terbukti sebagai pohon yang mampu membunuh sel kanser secara berkesan.

The National Cancer Institute telah memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Sebagai hasil, mereka telah berjaya membuktikan bahawa daun dan batang kayu dari pohon ini mampu untuk merawat kanser dengan menghancurkan sel-sel kanser. Namun malangnya, hasil daripada penyelidikan ini tidak diperhebahkan hanya kerana kepentingan beberapa pihak.

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh The Journal of Natural Products telah menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University yang dijalankan di Korea Selatan, turut menyokong bahawa durian belanda ini mempunyai kesan sehingga 10 ribu lebih baik berbanding Adriamycin dan kimoterapi kerana mempunyai sejenis unsur kimia yang terkandung didalamnya.

Kajian di Purdue Universiti pula telah membuktikan bahawa daun durian belanda mampu mebunuh sel kanser dengan berkesan, terutama sel kanser daripada kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Banyak kajian yang dilakukan yang kita tak tahu. Namun, kesemua hasil kajian menyokong satu sama yang lain. Bahawa durian belanda merupakan pembunuh semulajadi kanser yang sangat efektif. Harap dengan post kali ini, dapat membantu kawan-kawan kita untuk menjadi lebih sihat. Sila share post ini dengan kawan-kawan yang lain.