Di antara jenis makanan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudian menjadi objek penelitian dan pengkajian para pakar, yang ternyata di dalamnya terkandung manfaat yang sangat banyak dan sangat positif, dengan seizin Allah, ialah labu atau disebut ad-dubba’ atau al-yaqthin atau al-qar'u. Al-Bukhary membuat bab khusus, iaitu Bab Ad-Dubba'. Di sana disebutkan hadis Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam dari Anas, bahawa ada seorang budak, beliau datang sambil membawa labu. Lalu beliau memakannya. Maka aku sangat menyukai labu itu semenjak aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakannya.
Allah befirman,
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul, (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia di-telan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari kebangkitan. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih.." (Ash-Shaffat: 139-147).
Al-Imam Ibnul-Qayyim mengupas panjang-lebar masalah labu ini.
Perhatikanlah wahai Akhi, bagaimana Allah Azza wa Jalla menyebutkan pohon ini di dalam Al-Quran.
.
Lihat juga bagaimana kecintaan Rasulullah Shal-lallahu Alaihi wa Sallam kepada labu. Engkau akan melihat seberapa banyak manfaat yang terkandung di dalam labu ini.
Abu Thalut berkata, "Aku masuk ke rumah Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, yang ketika itu dia sedang memakan labu, seraya berkata, "Ada apa sebenamya kamu ini wahai labu. Aku tidak menyukaimu melainkan kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyukaimu."
.
Ketahuilah wahai Akhi, bahawa orang-orang yang telah melakukan penelitian ilmiah, menegaskan bahawa labu berfungsi sebagai perlindungan, pengubatan dan sekaligus makanan.
..... Atas dasar ini, maka penelitian diarahkan untuk mengetahui pembentukan sebahagian jenis labu dan pengaruhnya untuk penyembuhan prefentif dan kuratif, berdasarkan keluarnya Yunus Alaihis-Salam dari perut ikan dalam keadaan sakit atau lemah atau kekuatannya yang menurun dengan drastik.
.
Beberapa hasil penelitian menunjukkan bahawa unsur dalam labu sangat berkesan untuk melawan bakteria. Kadar keberkesanannya berbeza-beza bergantung pada perbezaan jenis labu, bahagian yang digunakan dan jenis bakterianya. Memang yang paling berkesan untuk melawan bakteria adalah madu.
Kaitannya dengan bakteria, kadar kepekaan untuk melawan bakteria gram positive, lebih kuat daripada bakteria gram negative.
Semua ini menguatkan pengaruh labu untuk pengubatan secara prefentif dan kuratif untuk melawan mikroba.
Penelitian dengan topik yang sama masih terus belanjut, yang pada intinya menegaskan keberkesanan labu untuk melawan pelbagai jenis serangga, yang bererti juga untuk melawan pelbagai jenis penyakit yang ada pada serangga.
.Kami melihat sendiri bagaimana suatu kaum yang menggunakan labu sebagai alat pengubatan yang cukup berhasil dalam melawan beberapa jenis penyakit, di antaranya:
Untuk mengubati luka bakar, memar dan bengkak.
Menghentikan sakit demam dan menurunkan suhu badan yang sangat tinggi
Apakah keberkesanan labu ini dapat dikaitkan dengan keadaan Yunus Alaihis-Salam setelah beliau keluar dari perut ikan paus? Tanpa harus melihat tindakan Yunus Alaihis-Salam yang langsung memakan labu sesaat setelah keluar dari perut ikan ataupun keadaannya tanpa memakannya, namun labu ini merupakan jenis makanan yang bagus, mudah dicerna, tidak membebani kerja perut dan usus, sangat berkesan untuk mengubati sakit hati, ketuaan dan pada masa-masa penyembuhan penyakit secara umum.
.Petikan di atas adalah dari buku 'Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI' (2006) oleh Aiman Bin Abdul Fattah, Pustaka Dini.
Pengenalan kepada barah dan bagaimana cara untuk mengatasi apabila diri disahkan mengidap penyakit barah.
Thursday, 8 November 2012
Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Bernyala
Berisiko mengidap leukimia?Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam
Wednesday, 7 November 2012
Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara
Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.
Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki
Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.
Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.
Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.
Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.
Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.
Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.
Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.
Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.
Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.
Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.
Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.
Friday, 28 September 2012
Panduan untuk pesakit Lumpektomi dan mastektomi
Pelbagai perkara akan berubah apabila diagnosis kanser
payudara diketahui. Ini mungkin pengalaman anda dengan doctor, hospital dan
teknologi perubatan yang canggih. Dan semuanya akan nampak janggal bagi anda.
Aspek emosi dalam kanser payudara.
Menghidap kanser akan mempengaruhi emosi dan keadaan fizikal
anda. Anda mempunyai cara tersendiri untuk menangani kanser sama seperti anda
mengendalikan hidup sendiri.
Anda mungkin akan berasa untuk marah, kecewa, keliru atau
sedih. Kadang-kadang perasaan anda juga akan meluap-luap, tapi perlu diingatkan
bahawa perasaan ini adalah sebahagian daripada diri anda. Setiap orang adalah
unik dan gerak balas serta tempoh pemulihan berbeza.
Diagnosis dan rawatan
Lumpektomi.
Mungkin anda telah mendengar tentang pelbagai nama yang
merujuk kepada pembedahandan di antaranya ialah lumpektomi atau pembuangan ketulan atau penyingkiran
sebahagian dari payudara dan bukannya keseluruhan.
Diagnosis kanser payudara boleh berlaku dengan cepat. Anda
mungkin berasa bahawa anda tidak punyai masa untuk bersedia dengannya.
Kajian telah menyatakan bahawa bagi semua kanser payudara
peluang untuk hidup adalah samauntuk pesakit yang menjalani lumpektomi,
radioterapi mahupun mastektomi. Berbincanglah dengan doctor dan buat keputusan
berdasarkan maklumat yang telah diberikan.
Radioterapi (sinaran terapi)
Selepas menjalani lumpektomi, seorang wanita akan melakukan
radioterapi hamper setiap kali. Bertemu pakar radiologi terlebih awal untuk
mendapatkan jawapan bagi segala kemusykilan anda dan untuk memastikan agar
langkah seterusnya bersesuaian.
Melakukan rawatan ini dapat mengurangkan kemungkinan kanser
terjadi semula pada payudara. Lazimnya ia berlanjutan selama lima hingga tujuh
minggu, lima hari seminggu. Rawatan lazimnya ditetapkan pada masa yang sama
setiap hari.
Kulit anda mungkin kering sedikit akibatdaripa penyinaran
pada kawasan payudara dan lazimnya ia tidak menyakitkan. Kulit anda juga
mungkin akan gatal-gatal, bengkak sedikitdan gelap sedikit. Kesan sampingan
yang lazim ialah anda akan berasa lesu. Kesan sampingan ini hanya sementara dan
mungkin berkurang setelah rawatan tamat.
Bertanya kepada pakar onkologi anda bagaimana cara basuh
yang sesuai pada kawasan tersebut. Selalunya pesakit disarankan menggunakan
sabun berlemak yang tidak mengeringkan kulit, dan tidak menggosok kawasan
tersebut. Namun digalakkan untuk menggunakan deodorant dan sabun tulen kerana
ia mungkin akan mengeringkan kulit anda. Elakkan kawasan rawatan daripada
sumber haba seperti botol panas ataupun lapik pemanas.
Kesan sampinga paling lazim ialah keletihan yang kemungkinan
akan berterusan selama beberapa minggu
selepas radioterapi tamat. Pada waktu ini kurangkan stress dengan banyak berehat
sebanyak mungkin dan makan makanan yang seimbang.
Berhati-hati agar tidak terdedah dengan cahaya matahari.
Selama enam bulan selepas rawatan, gunakan krim pelindung matahari tahap SPF
atau lebih tinggi untuk melindungi kawasan yang terkena sinaran akibat
radioterapi.
Pembentukan semula payudara
Tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada payudara anda
selepas dari menjalani lumpektomi dan radioterapi. Jika terdapat perbezaan,
maka pembentukan semula payudara dapat dilakukan.
Kimoterapi.
Kimoterapi merawat seluruh tubuh. Keputusan menjalani
kimoterapi ini bergantung berdasarkan beberapa factor seperti penglihatan nodus
limfa, saiz tumor dan reseptor hormone.
Kimoterapi yang diberikan oleh pakar terdiri daripada
gabungan ubat yang memusnahkan sel kanser yang mungkin telah merebak ke
bahagian tubuh yang lain. Kajian telah memastikan bahawa gabungan ubat
kimoterapi lebih berkesan daripada ubat tunggal. Berikut adalah bebebrapa
gabungan ubat yang lazim digunakan:
v
CMF: cyclophosphamide, methotrexate dan
5-flourouracil
v
FAC dan FEC: 5-flourouracil, Adriamycin atau
epirubicin dan cyclophosphamide.
Walaupun kimoterapi mempunyai kesan sampingan, faedah jangka
masa panjang lazimnya dapat mengatasi sebarang kerumitan yang mungkin anda
alami. Kesan sampingan tidak di alami oleh kesemua wanita. Beberapa kesan
sampingannya ialah, loya, muntah-muntah, keguguran rambut sementara, bilangan
sel darah rendah dan putus haid yang agak awal. Namun pakar onkologi dapat
memberikan ubat lain kepada anda yang dapat membantu mengurangkan rasa loya dan
muntah-muntah serta memulihkan bilangan sel darah anda.
Rambut gugur
Anda mungkin perlu bersiap-sedia dengan rambut palsu bagi
menghadapi keguguran rambut akibat daripada rawatan kimoterapi. Rambut palsu
sintetik mempunyai bentuk yang kekal dan boleh dipotong, dinipiskan ayau
didandan untuk kesesuaian anda. Rambut itu juga mudah dibasuh dan dikeringkan.
Ikut arahan untuk menjaga rambut tersebut dan harus diingatkan bahawa haba yang
tinggi mampu merosakkan rambut palsu anda.
Masalah penjagaan mulut.
Kimoterapi boleh mengurangkan daya tahan tubuh terhadap
kuman. Mulut mengandungi bakteria yang banyak, maka sebab itu menjaga
kebersihan mulut amatlah penting. Penjagaan gigi dengan betul dapat menghindar
jangkitan pada gusi dan tisu yang lain akibat permukaan gigi yang kasar,
tampalan gigi yang sompek, tatar atau pemakaian gigi palsu yang tidak sesuai.
Pemeriksaan filem x-ray yang menyeluruh amat disyorkan sebelum melakukan
rawatan kimoterapi.
Sejenis radang tisu mulut yang kadangkala terjadi akibat
kimoterapi digelar sebagai stomatitis. Ini mungkin menyakitkan dan akan
menggangu penjagaan gigi setiap hari. Malah ia turut akan menyebabkab pesakit
sukar untuk makan.apabila masalah ini berlak, kimoterapi mungkin dikurang atau
dihentikan seketika. Jika terdapat sebarang masalah, beritahu doctor dan minta
nasihat daripada doctor tersebut.
Bilangan sel darah yang rendah.
Kebanyakkan ubat kimoterapi akan menjejaskan tulang sum-sum
dengan mengurangkan keupayaan untuk menghasilkan sel darah merah, sel darah
putih dan platelet. Sel darah merah bertugas sebagai pembawa oksigen ke suluruh
tubuh dan apabila sel ini berkurang anemia akan berlaku. Kesan daripada anemia
ialah anda akan berasa letih, pitam dan sesak nafas.
Sel darah putih pula berperanan melawan jangkitan dan
sekiranya ia berkurangan, kemungkinan besar anda berisiko tinggi untuk mendapat
jangkitan. Platete membantu membekukan darah. Bilangan platete yang rendah
risiko untuk mengalami pendarahan dan lebam-lebam adalah besar.
Sekiranya bilangan platete rendah, elakkan daripada berada
di khalayak ramai dan juga orang mengalami jangkitan selsema. Sentiasa basuh
tangan pada waktu siang terutama sebelum makan dan selepas menggunakan bilik
air. Pihak rawatan akan memberikan arahan yang lain untuk melindungi anda dari
terkena jangkitan.
Gejala yang akan anda hadapi sekiranya anda terkena
jangkitan:
v
Deman panas melebihi 38 darjah
v
Seram sejuk
v
Berpeluh
v
Terasa pedih semasa kencing
v
Batuk atau sakit tekak atau berak cair
Sekiranya gejala diatas muncul pada anda, maka anda
hendaklah memberitahu doctor atau jururawat dengan segera.
Anda juga disarankan untuk mengelak kegiatan yang boleh
mendatangkan kecederaan. Namun sekiranya anda mengalami lebam / bintik-bintik
merah dibawah kulit / pendarahan (pendarahan gusi dan hidung) segera
memberitahu doctor anda.
Terapi hormone
Rawatan ini lazimnya diberikan kepada wanita yang mempunyai
reseptor hormone positif. Ia menghentikan pertumbuhan sel kanser payudara yang
mungkin masih berada di dalam tubuh selepas pembedahan.
Kebanyakkan orang, menunjukkan sedikit kesan sampingan
antara kesan sampingan akibat rawatan ini:
v
Loya
v
Peningkatan berat badan
v
Lelehan faraj atau kekeringan faraj
Bagi wanita muda pula:
v
Putus haid
v
Rasa panas yang tak menentu
v
Banyak berpeluh
Ujian klinikal
Ramai penghidap kanser tidak mengetahui bahawa mereka boleh
menyertai ujian klinikal. Kaedah ini,menguji rawatan baru dan menjanjikan
penjagaan terkini kepada pesakit. Ujian ini memberi pesakit mencuba rawatan
baru sebelum ianya digunakan secara
meluas. Namun ramai yang tidak berani mencuba rawatan ini kerana beranggapan
bahawa mereka ialah “tikus makmal”. Penyertaan dalam ujian ini memastikan anda
akan menerima terapi semasa dan paling terkini pada masa sekarang.
Terapi sampingan
Ramai di kalangan wanita menggunakan terapi sampingan
selepas mengetahui diagnosis kanser payudara. Ia membantu untuk mengekalkan
kesihatan secara am tanpa menjejaskan keadaan kanser. Dan ia juga mungkin akan
mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser dan meningkatkan kualiti hidup.
Antara kaedah sampingan yang seringkali meningkatkan kualiti semasa kanser
ialah, pengurangan stress, pengekalan kuailiti makanan, doa, urut, bertakafur,
akupuntur, kaunseling tentang pemakanan, akupuntur dan xi gong.
Thursday, 27 September 2012
Penjagaan selepas rawatan (maklumat berguna).
Lumpektomi atau pembuangan ketulan atau penyingkiran sebahagian
daripada payudara.
Ø
Rawatan selepas lumpektomi ialah:
1.
Kimoterapi.
2.
Radioterapi
3.
Terapi hormone
4.
Ujian klinikal
5.
Terapi sampingan
6.
Rawatan alternative
A.
Selepas pembedahan.
ü
Kita akan mudah berasa letih dan perlu banyak
berehat.
ü
Punyai kesan sampingan yang sementara seperti
bengkak dan kemerah-merahan di tempat yang di bedah.
ü
Sekiranya ia berair atau kesan sampingan yang
sementara itu menjadi semakin teruk, maklumkan kepada doctor dengan segera.
B.
Senaman
Ø
digalakkan untuk meminta nasihat doctor terlebih
dahulu mengenai bila senaman boleh dilakukan, bagaimana, apakah jenis senaman
yang boleh dilakukan.
C.
Penjagaan lengan
Ø
Limpoedema ialah nodus limfa yang telah bengkak
selepas menjalani pembedahan.
Ø
Ia boleh berlaku sejurus selepas pembedahan dan
ini lazimnya hanya sementara tetapi terdapat juga yang berlaku selepas beberapa
bulan atau tahun.
Ø
Nodus limfa berfungsi sebagai sistem penuras
bagi cecair yang berlebihan, sel yang tak normal dan hasil sampingan akibat
jangkitan.
Berikut adalah langkah bagi mengurangkan daripada berlakunya
limfodema:
v
Jika boleh, pastikan setiap urusan pengambilan
darah, tekanan darah dan suntikan dilakukan pada lengan yang satu lagi.
v
Basuh dengan sabuh dan air sekiranya terdapat
luka atau melecur pada lengan. Kemudian letakkan ubat antibakteria dan balut
luka dengan pembalut steril.
v
Apabila ingin berkebun, pastikan anda memakai
sarung tangan. Gunakan alat pencuci apabila tangan anda selalu berendam dalam
air.
v
Lindungi jari daripada terkena benda tajam
seperti jarum.
v
Jangan mengangkat barang menggunakan tangan yang
dirawat.
v
Jangan pakai barang kemas, pakaian sendat dan
sarung sendat.
v
Elakkan daripada terkena cahaya matahari
terutamanya pada tangan dan dada.
v
Digalakkan bersenam selalu tetapi jangan terlalu
meletihkan tangan.
v
Digalakkan juga untuk merujuk kepada doctor
dahulu sebelum menggunakan apa-apa hormone termasuk krim hormone.
D.
Tido.
Dinasihatkan supaya meletakkan bantal kecil
pada bawah lengan yang sebelah yang dirawat untuk mengurangkan tekanan.
E.
Protesis (payudara palsu)
v
Hampir kesemua wanita tidak memerlukan protesis
tambahan selepas lumpektomi.
v
Namun hanya sekiranya tisu payudara yang
disingkirkan agak banyak , anda mungkin memerlukan protesis separa tambahan.
v
Pembentukan boleh dilakukan daripada silicon,
busa atau sabut.
v
Anda juga boleh membuat pilihan lain iatu
pelapik coli.
v
Bahan ini boleh dibasuh kerana ianya diperbuat
daripada polimer atau getah busa.
F.
Coli.
v
Pakai coli yang berganjal di bahagian
belakangnya.
Penjagaan lanjutan.
I.
Rawatan perubatan.
v
Jika anda berpindah, sila pastikan anda membawa
rekod perubatan bersama anda atau aturkan supaya rekod tersebut dapat dihantar
kepada doctor baru anda.
II.
Pemeriksaan payudara sendiri (selepas
pembedahan)
v
Periksa bahagian tepi payudara atau dada, ketiak
dan kawasan parut.
v
Lakukan pemeriksaan payudara sendiri hanya
ketika anda tidak mengalami haid.
III.
Pemakanan dan cara hidup
v
Elakkan daripada mengalami berat badan yang
berlebihan.
v
Elakkan daripada makan makanan yang mengadungi
lemak yang banyak.
Langkah mengamalkan gaya hidup sihat.
v
Kurangkan makan makanan yang berlemak dan
berkalori tinggi.
v
Gantikan pengambilan lemak dengan susu segar
atau krim kurang lemak atau tanpa lemak.
v
Makan daging putih seperti daging ayam.
v
Tambahkan makanan seperti sayur , buah, dan
bijirin.
v
Bersenam, berjalan selama 30 minit sebanyak tiga
atau empat kali seminggu.
Komunikasi.
a)
Pasukan perawat.
v
Dapat mengurangkan perasaan cemas dan takut
anda.
v
Boleh menerima nasihat tentang pilihan rawatan.
v
Boleh memberi dan melakukan rawatan.
v
Sebagai sumber sokongan emosi.
b)
Pasangan.
v
Dapat meluaskan pandangan dan pilihan.
c)
Orang dewasa.
v
Anda mungkin akan berasa takut dan marah. Anda
akan rasa takut untuk kehilangan pasangan,hilang tarikan seks, hilang pekerjaan
dan mati.
v
Luahkan perasaan anda kepada ahli keluarga atau
orang yang rapat dengar anda agar anda akan mendapat keyakinan.
d)
Kanak-kanak.
v
Berterus-terang dengan anak-anak anda bagi
mengelakkan salah faham di masa depan.
v
Untuk anak remaja, jangan terlalu kongkong
mereka.
v
Kongsi perasaan dengan mereka, lungkan masa
dengan mereka dan biarkan mereka bantu anda.
e)
Majikan.
v
Berterus-terang dengan majikan anda.
f)
Sumber sokongan lain.
v
Terdiri daripada pakar dan rakan baru yang
mengalami sakit yang sama seperti anda.
v
Terdapat juga kumpulan sokongan bagi wanita yang
mengalami sakit kanser bagi berkongsi pengalaman.
Cadangan tentang insurans.
v
Jika memiliki insurans kesihatan dan polisi anda
adalah majikan yang besar, terdapat bahagian khusus yang mungkin dapat
mengendalikan permohonan anda.
v
Perlu berhubung dengan syarikat anda terlebih
awal untuk kelulusan bagi rawatan tertentu atau tempoh yang dibenarkan tinggal
di hospital.
v
Jika anda bekerja di syarikat kecil dan
mempunyai polisi insurans berkelompok atau secara individu, patuhi kehendak
yang tercatat pada polis sebelum pembedahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
